Langkau ke kandungan utama

Catatan

Posisi Tepat!

DALAM pertemuan bersama rakan-rakan mantan Badan Pengurus PMRAM semalam, ramai menyatakan kepada saya, "Enta duduk elok-elok dalam posisi enta sekarang. Kita perlukan ramai orang Al-Azhar dalam dunia sastera. Kita mahu bercakap tentang perjuangan Islam melalui sastera." Saya cukup gerun dengan beberapa harapan menggunung daripada kawan-kawan. Mereka memuji-muja syarikat penerbitan PTS kerana terus berjuang memandaikan bangsa dan agama. "Bagus enta duduk dalam PTS dan jadi editor. Biar kita membuka mata-mata masyarakat bahawa Azhari terjun di dalam pelbagai sektor." Ada beberapa cadangan bernas yang sempat mereka kongsikan kepada saya. Ada beberapa peranan penting yang mereka harapkan daripada saya. Semua itu saya kembalikan kepada Allah Taala yang mengaturkan setiap perjalanan hamba-Nya.

Sebuah Pertemuan

SEMENJAK pulang ke Malaysia pada pertengahan September lalu, hari bersejarah buat saya kerana dapat bertemu dengan teman-teman mantan mahasiswa Al-Azhar, Mesir. Antara teman-teman rapat yang ditemui, Ustaz Abdul Fatah Jaafar (ex-SU PMRAM 2006), Ustaz Khusaini Md Yusoff (PMRAM 2008), Ustaz Hanapi Zulkapli (PMRAM 2008), Ustaz Fauzan Madzlan, Ustaz Syed Abdul Kadir, Ustaz Faizal Mizan Ambak, Ustaz Saufi Hashim, Ustaz Abdul Rahman Tharin, Ustaz Zarul Salleh, dan ramai lagi (maaf tidak dapat ingat satu persatu). Banyak perkara yang dikongsi di samping bertukar-tukar pandangan berikutan kes yang telah menimpa saya baru-baru ini sehingga keluar di Harakahdaily.net Terima kasih dengan pertemuan ini.

Berilah Masa Tambahan

SELAMAT MENEMPUH ALAM PEPERIKSAAN untuk teman-teman yang sedang berada di bumi anbiya Mesir. Saya mendoakan ke hadrat Ilahi agar semuanya berjalan dengan sempurna hendaknya. Peperiksaan akan berkunjung. Namun, sejauhmana masa yang ada kita gunakan dengan sebaiknya. Berilah masa tambahan yang maksimum terhadap matapelajaran yang dianggap sukar. Semester pertama pengajian, bagi kuliah Syariah tahun 3 atau 4, pasti Adab dan Nusus (Sastera Arab) adalah matapelajaran killer . Alhamdulillah, pengalaman saya menghadapi kertas peperiksaan ini memang mencabar. Oleh itu, saya peruntukkan masa yang lebih untuk matapelajaran ini. Pastinya, bukan alasan untuk mahasiswa tidak berjaya dengan cemerlang. Ada kuncinya untuk diceroboh bilik kejayaan itu. Mahu atau tidak, usaha! Carilah peluang berguru jika ada lagi yang masih kita dangkal ilmunya. Kejarlah teman-teman sepeperiksaan yang sudah khatam belajar satu-satu tajuk. Yang penting adalah belajar secara berkumpulan dan saling dorong-mendorong antara...

Siapa Bakal Presiden PMRAM 2010?

PENCALONAN KEPIMPINAN Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah dibuka dan akan ditutup beberapa hari lagi. Siapakah yang akan dicalonkan sebagai Presiden PMRAM pastinya menjadi tanda tanya. Mereka yang sering menyatakan mahu menduduki kerusi kepimpinan dan konon-konon mahu mentarbiah mahasiswa kita di bumi Mesir mengapa tidak menggunakan peluang ini untuk mengisi borang. Lakukan tanggungjawab kalian. Saya sejujurnya tidak pernah melihat kepimpinan PMRAM bertanding. Malah, apabila pengumuman kepimpinan PMRAM yang sentiasa menang tanpa bertanding menjadikan PMRAM seolah-olah tidak ingin diratah sebagai sebuah persatuan yang dicari-cari oleh semua pihak. Oleh yang demikian, saya mencadangkan borang-borang kepimpinan yang belum dibeli oleh mana-mana pencadang boleh terus dibeli di pejabat SPR. Siapa juga wakil kepimpinan itu nanti, saya mendoakan PMRAM sentiasa menjadi tiang besar yang mengukuhkan binaan persaudaraan sesama mahasiswa amnya. Gambar di kanan adalah Presiden PMRAM...

Pertemuan Bersama Saifulislam.Com

Gambar hiasan Ustaz Hasrizal dan Saudara Asyraf dalam KEM HIJRI baru-baru ini MALAM tadi kali pertama saya bertemu dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan laman web beliau, saifulislam.com. Selepas tamat pengajian di Mesir, saya seringkali menghadiri kuliah-kuliah Maghrib di sekitar bandar Kuala Lumpur. Tetapi, bagi saya kuliah yang disampaikan oleh beliau amat berlainan. Saya amat gemar seorang ustaz menyampaikan kuliah dalam konteks berbeza. Walaupun beliau menyampaikan kuliah Tafsir Surah Kahfi ayat 19 tetapi perbahasan beliau bukan hanya merujuk ilmu semata-mata, tetapi permainan emosi dan motivasi mandiri juga dilakukan. Usai mendengar kuliah beliau semalam, saya dapat keluar makan bersama dan banyak cerita dan perkara menarik dibincangkan. Rupa-rupanya seorang ustaz yang sudah berada di puncak ini juga banyak gosipnya. Hehehe. Kesian ustaz. Saya mendoakan agar ustaz tidak dianiayai lagi selepas ini. Tambahan : Saifulislam.com mengarang untuk Majalah I. Selain...

Kenyataan Akhbar Harakahdaily

PERCAYALAH bahawa kenyataan yang saya lakukan di akhbar adalah semata-mata membela mahasiswa kita di bumi Mesir dan bukan atas dasar berdiri seorang diri. Mahasiswa kita di Mesir tidak perlu lagi dijilat-jilat dengan pelbagai ugutan dan ancaman. Semoga Allah membantu kita bersama-sama menegakkan kebenaran di dalam lorong ke syurga nanti. Kata Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, "Rehat di syurga." Baca lagi laporan akhbar di Harakahdaily

Sebuah Coretan Peperiksaan Al-Azhar

SELESAI sudah pengalaman menghadapi peperiksaan di bumi Kaherah, Al-Azhar. Semenjak semester Disember 2004 sehingga berakhir Jun 2009, pelbagai pengalaman dan pahit getir dirasai. Hari ini, semua kenangan itu hanya akan menjadi kenangan peribadi yang tersimpan di dalam memori. Keputusan peperiksaan Al-Azhar terbahagi kepada enam. Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid, Maqbul, Dhaif dan Dhaif Jiddan. Keenam-enam kategori ini pernah saya hadapi. Tetapi saya telah mengukur bahawa keputusan tersebut sebenarnya mencerminkan sejauhmana usaha yang kita lakukan. Jika kita berusaha tahap Mumtaz, maka keputusan Mumtazlah yang kita peroleh. Begitulah sebaliknya. Ada ketika, di dalam waktu-waktu peperiksaan ini, saya sanggup berkejar dari Madinah Nasr hingga ke Masjid Al-Azhar yang terletak di kawasan Darassah yang jauhnya lebih 20 kilometer untuk menunaikan solat fardu Jumaat. Semuanya untuk mendapat keberkatan Al-Azhar. Oleh sebab peperiksaan yang saya alami pada sesi petang, saya sudah terpacak di dal...