Langkau ke kandungan utama

Berilah Masa Tambahan

SELAMAT MENEMPUH ALAM PEPERIKSAAN untuk teman-teman yang sedang berada di bumi anbiya Mesir. Saya mendoakan ke hadrat Ilahi agar semuanya berjalan dengan sempurna hendaknya.

Peperiksaan akan berkunjung. Namun, sejauhmana masa yang ada kita gunakan dengan sebaiknya. Berilah masa tambahan yang maksimum terhadap matapelajaran yang dianggap sukar.

Semester pertama pengajian, bagi kuliah Syariah tahun 3 atau 4, pasti Adab dan Nusus (Sastera Arab) adalah matapelajaran killer. Alhamdulillah, pengalaman saya menghadapi kertas peperiksaan ini memang mencabar. Oleh itu, saya peruntukkan masa yang lebih untuk matapelajaran ini.

Pastinya, bukan alasan untuk mahasiswa tidak berjaya dengan cemerlang. Ada kuncinya untuk diceroboh bilik kejayaan itu. Mahu atau tidak, usaha!

Carilah peluang berguru jika ada lagi yang masih kita dangkal ilmunya. Kejarlah teman-teman sepeperiksaan yang sudah khatam belajar satu-satu tajuk. Yang penting adalah belajar secara berkumpulan dan saling dorong-mendorong antara satu sama lain.

Itulah yang kami amalkan pada tahun akhir dan alhamdulillah 95% daripada kami lulus dengan baik dan telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Kita tidak sempat belajar keseorangan. Kita tidak ada masa hanya membaca per-individu. Tetapi kita banyak sangat masa apabila kita sibuk-sibuk berkejar ke sana ke mari untuk mendapatkan ilmu dan belajar berkumpulan. Percayalah!

Oleh sebab itu, jika kita yang belum mengubah diri kita lagi, siapa lagi yang mahu menyodok-nyodok kita. Tak kan mahu diharapkan kepada JPMK sahaja. Tak kan mahu diharapkan kepada PMRAM sahaja. Semua itu dipulangkan semula kepada kita sendiri.

Salam Peperiksaan Untuk Teman di Mesir

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)