Langkau ke kandungan utama

Siapa Bakal Presiden PMRAM 2010?


PENCALONAN KEPIMPINAN Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah dibuka dan akan ditutup beberapa hari lagi. Siapakah yang akan dicalonkan sebagai Presiden PMRAM pastinya menjadi tanda tanya.

Mereka yang sering menyatakan mahu menduduki kerusi kepimpinan dan konon-konon mahu mentarbiah mahasiswa kita di bumi Mesir mengapa tidak menggunakan peluang ini untuk mengisi borang. Lakukan tanggungjawab kalian.

Saya sejujurnya tidak pernah melihat kepimpinan PMRAM bertanding. Malah, apabila pengumuman kepimpinan PMRAM yang sentiasa menang tanpa bertanding menjadikan PMRAM seolah-olah tidak ingin diratah sebagai sebuah persatuan yang dicari-cari oleh semua pihak.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan borang-borang kepimpinan yang belum dibeli oleh mana-mana pencadang boleh terus dibeli di pejabat SPR.

Siapa juga wakil kepimpinan itu nanti, saya mendoakan PMRAM sentiasa menjadi tiang besar yang mengukuhkan binaan persaudaraan sesama mahasiswa amnya.

Gambar di kanan adalah Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Muizz bin Muhammad. Mengikut teori saya di dalam catatan lalu, Saudara Mohd Adlan bin Mokhtaruddin sepatutnya dicadangkan sebagai Presiden PMRAM 2010, tetapi adakah pihak yang telah membeli borang untuknya?

Ataupun, mengikut senioriti Saudara Muhammad Abdul Malik Abd Karim dan Saudara Nik Rosdi Nik Jusoh wajar menerajui pentadbiran ini. Namun, sejauhmana tahap kedewasaan mereka ini digunakan oleh ahli untuk membeli borang untuk mereka.

Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang sudah renta usia juga wajar diberikan hak semula menerajui PMRAM yang kian gah di mata dunia tetapi saya khuatir PMRAM terus ketandusan pemimpin.

Siapa juga yang mentadbir PMRAM, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian. Amin.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)