Langkau ke kandungan utama

Catatan

GAMBAR SEKITAR PROGRAM

KEMERIAHAN MALAM PERASMIAN EGP PMRAM

KALI PERTAMA saya duduk di meja urusetia pada Malam Perasmian EGP PMRAM 2009. Biasanya, saya akan duduk di pentas utama selaku kepimpinan. Pada tahun ini, posisi saya berubah dan ditugaskan mengawal selia perjalanan protokol majlis melalui bunyi-bunyian dan kawalan lagu-lagu sepanjang dua jam program berlangsung. Saya mengambil tempat di bahagian PMRAM Multimedia Centre (PMC) yang menguruskan siaraya dan kawalan majlis pada malam upacara tersebut. Terima kasih kepada mahasiswa yang membanjiri perkarangan Dataran Hayyu Asyir. Dengan kilauan warna-warni Malaysia yang saya gambarkan beberapa minggu sebelum majlis bermula, upacara pembukaan rasmi dapat berjalan dengan sempurna. Idea Asal Dalam dunia perfileman dan pengarahan drama, pengarah atau penerbit perlu mengiktiraf golongan yang telah memberikan idea asal. Realitinya, program malam kemuncak adalah atas usaha jawatankuasa panel perancang PMRAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM. Jawatankuasa ini adalah bertindak memikirkan po...

Dalam Usia Yang Senja

TERHARU. Barangkali itulah kalimah tayyibah yang mampu dilafazkan. Lafaz terima kasih buat semua kepimpinan Badan Pengurus PMRAM yang bersama-sama meraikan ulangtahun ke-24 di Pejabat PMRAM. Darah yang mengalir dalam lipatan sejarah saya di Mesir adalah bermula di dalam pejabat PMRAM. Menyantuni dan menghargai setiap satu perjalanan panjang seorang mahasiswa di dalam ruang pentadbiran ini. Terima kasih kepada semua. Walaupun sambutan tersebut saya adakan sehari sebelum 08 Ogos (hari Jumaat), tetapi kegembiraan itu bagi saya adalah sama. Selepas asar pula, seorang teman yang banyak memberi inspirasi dalam bidang pendidikan mengajak ke Nile City yang terletak di kawasan Tahrir. Terharu dan teruja. "Terima kasih Yed yang terlalu memberi. Barangkali pemberian ini bukanlah yang terakhir kali. Selamat pulang ke Malaysia pada 10hb ini." Moga jumpa lagi. Semalam, 08 Ogos 2009 malam paling keramat di samping ulang tahun kelahiran yang ke-24, PMRAM telah membuka rasmi majlis perasmian ...

Hadiah Hari Lahir

PESAWAT Egypt Air yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tidak berisi kosong. Barangkali juga terbeban memikul muatan yang berlebihan. Sepanjang tempoh lebih sebulan bercuti di Malaysia, saya tidak terfikir bahawa beliau akan menggendong buku yang banyak seperti ini. Yang disangka lima, tetapi yang dapat empat belas. Terima kasih kepada Saudara Ishaq Hanis yang memborong empat belas buah buku untuk saya. Saya tidak menyangka akan menerima sedemikian rupa sedangkan bukan jumlah besar jadi pilihan saya. Kedua, saya mengucapkan terima kasih juga kepada beliau kerana membelikan buku-buku yang sememangnya saya belum miliki. Saya fikir beliaulah yang amat memahami jiwa dan personaliti saya kerana hampir ke semua buku menjadi inspirasi saya. Paling teruja dengan sebuah buku berjudul 'Belajar Menjadi Wartawan' karya Jeniri Amir terbitan PTS yang sengaja beliau belikan kerana melihat perangai saya yang amat gemar menjadi seorang wartawan percuma tidak bergaji. Ramai te...

Peminat SASTERA MESIR

Anda mahu lahir seperti Habiburrahman El-Syirazi dengan karya pop 'Ayat-Ayat Cinta'? Anda mahukan itu semua? Jangan lepaskan peluang menyertai Sayembara Cerpen dan Puisi ini. Kami akan melihat potensi anda dalam bidang penulisan karya sastera. Pastikan anda lahir sebagai salah seorang penulis sastera Melayu serba boleh pada hari ini. Jangan lepaskan peluang. Anjuran : KELAP (Kem Latihan Penulis) PMRAM.

Debaran Semakin Kencang

Beginilah keputusan peperiksaan ditampal di universiti. Calon-calon peperiksaan akan beramai-ramai dan berasak-asak melihat keputusan masing-masing. Keputusan perlu diletakkan di dalam cermin kaca, jika tidak, hari ini tampal, esok sudah hilang! KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Fakulti Syariah Undang-Undang Jabatan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah dari tahun 1 hingga 3 telah keluar. Yang tinggal hanya keputusan peperiksaan bagi tahun akhir? Mengapa terlalu lewat? Adakah pihak universiti tidak terfikir bahawa peperiksaan (mengulang) tasfiah akan bermula pada awal September boleh menjejaskan calon sekiranya calon tidak dapat bersedia dengan keputusan peperiksaan mereka. Barangkali juga pihak pentadbiran sudah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab tetapi perkara teknikal membataskan segalanya. Apa jua yang berlaku saya tetap akan sabar menantikannya. Saya mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya meraih kejayaan di dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun bagi saya, kita masih...

KRITIKAN SASTERA

Gambar hiasan. (Bangunan pentadbiran Fakulti Syariah Undang-Undang di Universiti Al-Azhar, Mesir yang sudah tersergam indah dan berhawa dingin) Karya ini adalah karya kritikan sastera kepada hasil buah tangan mahasiswa Johor yang terbit dalam Suara Kampus Johor Edisi 114 di Mesir. TAJUK : Teori Penulisan Karya Sastera Kita Lemah! Oleh : Syafiq Zulakifli DALAM perkembangan dunia penulisan karya kreatif, empat elemen digunapakai oleh semua pengarang. Pertama, teori penulisan. Pengarang mengenali bagaimana menulis karya, bagaimana meletakkan watak dan perwatakan, sudut pandangan, tema dan persoalan dan sebagainya. Itu adalah asas kepada sebuah teori penulisan. Kedua, ia disebut sebagai pengalaman penulisan ataupun kreativiti dalam mengarang. Waktu ini adalah paling mustahak kerana pengarang karya kreatif akan mula mengenali diri mereka sebagai seorang pengarang yang mahukan karya mereka di baca oleh umum khalayak. Kalau tidak pun, hanya sekadar praktikal sebagai seorang pengarang. Perkara...