Langkau ke kandungan utama

KEMERIAHAN MALAM PERASMIAN EGP PMRAM

KALI PERTAMA saya duduk di meja urusetia pada Malam Perasmian EGP PMRAM 2009. Biasanya, saya akan duduk di pentas utama selaku kepimpinan. Pada tahun ini, posisi saya berubah dan ditugaskan mengawal selia perjalanan protokol majlis melalui bunyi-bunyian dan kawalan lagu-lagu sepanjang dua jam program berlangsung.

Saya mengambil tempat di bahagian PMRAM Multimedia Centre (PMC) yang menguruskan siaraya dan kawalan majlis pada malam upacara tersebut.

Terima kasih kepada mahasiswa yang membanjiri perkarangan Dataran Hayyu Asyir. Dengan kilauan warna-warni Malaysia yang saya gambarkan beberapa minggu sebelum majlis bermula, upacara pembukaan rasmi dapat berjalan dengan sempurna.

Idea Asal

Dalam dunia perfileman dan pengarahan drama, pengarah atau penerbit perlu mengiktiraf golongan yang telah memberikan idea asal. Realitinya, program malam kemuncak adalah atas usaha jawatankuasa panel perancang PMRAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM. Jawatankuasa ini adalah bertindak memikirkan post mortem terhadap program tahunan PMRAM ini dan berusaha memperbaharui format pengaturcaraan.

Sebagai panel yang merancang, kertas kerja dibentangkan kepada jawankuasa panel penilai program dan akhirnya keputusan terakhir dilakukan dalam mesyuarat Badan Pengurus PMRAM.

Upacara pada malam tersebut pada asalnya merupakan idea bersama Us Nik Rosdi Nik Jusoh, Presiden PMRAM dan saya. Tiga anggota utama ini merupakan tenaga pemikir pertama. Idea ini akhirnya diberikan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah sebagai jawatankuasa pelaksana.

Setiap program PMRAM dikaji dan diberi nafas yang baharu setiap tahun. Ia bagi memastikan proses 'copy-and-paste' program tidak akan berlaku.

Apa juga yang berlaku pada malam tersebut adalah hasil buah tangan dan keringat semua pihak sama ada jawatankuasa pelaksana dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Terima kasih khas kepada Pegawai-Pegawai HEP Negeri di Kaherah iaitu Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Johor yang memberikan sokongan padu kepada PMRAM bagi menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada wakil KBMK yang turut bersama menjayakan upacara ini.

PMRAM dan EGP

Ekspo Gempak PMRAM (EGP) akan diteruskan dari tahun ke tahun melalui konsep Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Saya masih teringat lagi pada tahun 2005, apabila PMRAM bekerjasama dengan KBMK mengadakan program ini, akhirnya pihak KBMK telah menjemput wakil-wakil UMNO untuk berceramah di dalam program PMRAM.

Oleh yang demikian, usaha PMRAM mengadakan program ini adalah usaha yang murni di samping dapat mempertautkan ukhuwah kepada semua warga Malaysia yang berada di bumi Mesir.

Program tahunan ini tidak boleh ditinggalkan kerana ia sebahagian daripada nadi mahasiswa dan PMRAM melihat kebajikan yang cuba dirungkaikan dalam misi dan visi sebagai salah satu pertubuhan kebajikan di bumi Mesir.

Kita mendoakan agar program ini berjalan dengan sempurna.

Tambahan :

Upacara 10 Ogos 2009

- Acara Pertandingan Indoor (Dewan)
- Debat Akhir, Pantun

- Bazaria

- Pameran Kebudayaan

- Derma Darah

- Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA) - jualan pakaian terpakai

- Temuduga Terbuka Pengerusi Majlis

- Malam : Forum


SOALAN CEPU EMAS :

1. Bendera Besar Milik Siapa?

- Bendera besar yang menutupi Asrama Rumah Selangor bukanlah milik PMRAM tetapi milik wakil Badan Kebajikan Pelajar Pahang Mesir (BKMIP).

2. Berapakah jumlah kos mengadakan program besar ini?

- Lebih daripada LE 15,000

3. Mengapa wakil KBMK dan JPMK tidak hadir dalam majlis perasmian pembukaan?

- PMRAM telah menghantar surat jemputan kepada pihak mereka dan PMRAM menerima kedatangan pegawai-pegawai HEP Negeri.

4. Apakah acara paling menarik?

- Secara peribadi, kita menanti hari terakhir yang lebih GEMPAK!

5. Bagaimana penglibatan mahasiswa?

- Kita melibatkan semua mahasiswa termasuk pengajian Buuth Islamiah, Mahasiswa Al-Azhar dan Perubatan (jawatankuasa program terdiri daripada mahasiswa pengajian Islam dan Perubatan juga)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)