Langkau ke kandungan utama

Dari Meja Chairman

Puan Ainon Mohd (berpakaian coklat) adalah Chairman PTS.

(dipetik daripada laman blog Sifu PTS)

PTS Berminat Membuka Stesen Radio Ilmu
http://universitipts.com

Lembaga Pengarah PTS berminat memasuki sektor media radio tradisional. Ini bermakna PTS perlu mendapat lesen bagi membuka stesen penyiaran yang dapat memancarkan siarannya ke seluruh negara.

Pada masa ini PTS adalah sebuah penerbit buku-buku yang bermutu tinggi dari sudut ilmu dan maklumat yang terkandung dalam buku-bukunya. Konten dalam buku-buku itu sangat sesuai diterbitkan sebagai rancangan radio.

Jumlah penulis PTS yang sudah melebihi angka 400 orang juga adalah aset yang sangat berguna kepada stesen radio PTS nanti. Mereka semua berpeluang muncul dalam rancangan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Projek membuka stesen radio adalah salah satu projek masa depan PTS. Lembaga pengarah mempunyai rancangan jangka panjang menjadikan PTS benar-benar sebuah syarikat media.

NOTA: Saat ini PTS sedang bekerja keras melaksanakan kerja-kerja asas bagi membuka radio podcast, bagi membiasakan bakat-bakat yang ada dalam PTS dengan aktiviti menerbitkan pelbagai rancangan radio.

Tambahan :

1) Astro adalah sebuah syarikat yang menjalankan sistem laut biru. Penerbitan Astro OASIS, Astro RIA, Astro ARUNA, Astro ARENA, Astro AWANI mencerminkan setiap anak syarikat mentadbir dengan gaya masing-masing.

2) PTS juga adalah sebuah syarikat yang mengamalkan sistem yang sama. Banyak laut biru akan dibuka selepas ini, insya-Allah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)