Langkau ke kandungan utama

Dari Hati Kecil Ini...

DALAM MASA SEMINGGU ini, banyak perkara yang berlaku. Saya tidak dapat mencatatnya satu persatu kerana melaksanakan beberapa perkara.

Di Malaysia, PRK Hulu Selangor berlangsung kemudian di Mesir pula mahasiswa dicaca-merbakan hidup mereka oleh pegawai JPMK.

Saya memerhati, membaca fakta demi fakta yang saya kumpul. Saya tidak mahu berbicara mendalam berkenaan hal ehwal Mesir kerana 'risau' jikalau ada kepimpinan yang menyampuk, "Usah sibuk-sibuk dengan urusan kami di Mesir."

Sebab itu, saya memilih untuk berdiam dan tidak mahu menjawab sebarang isu yang berlaku di Mesir kerana saya tidak berada di tempatnya.

Bermula isu Pengerusi Tanta yang merupakan junior saya di Mesir, kemudian beralih kepada isu ARMA yang didiskusikan oleh Encik Zulkifli Din, pegawai di JPMK.

Begitu juga dengan isu-isu sekitar yang berlaku terhadap mahasiswa. Laporan demi laporan saya terima di dalam kantung e-mel menyarankan saya menjawab, tetapi saya lebih selesa memilih untuk berdiam diri.

Isu-isu yang berlaku di Mesir saya bincang dengan beberapa orang mantan kepimpinan PMRAM di Malaysia. Ada yang berada di utara, dan ada pula yang turun dari Kelantan.

Saya berulang-ulang kali menyatakan pendirian bahawa dari hati kecil saya ini, ingin sahaja saya menyampuk dan bercerita berkenaan isu seputar, tetapi saya fikir sudah sampai masanya saya tidak berbicara.

Teman-teman pula menyatakan saya merajuk. Aduhai, tidak berniat untuk saya berkecil hati.

Kesimpulan yang telah banyak sekali saya bicarakan adalah ARMA sebenarnya BUKAN LAGI MILIK PMRAM. (full-stop) Oleh yang demikian, jikalau ada ahli yang masih membicarakan ARMA MILIK PMRAM, hal itu adalah tidak tepat.

Namun, perjuangan PMRAM adalah terhadap Peraturan Asrama 1981 yang masih lagi tidak pernah dibatalkan oleh mana-mana pihak. Isu peraturan Asrama 1981 yang seharusnya dicanang-canangkan kerana menurut peraturan asrama tersebut, dua fakta ini perlu diambil kira.

Pertama : Anjung tingkat bawah asrama adalah dikhaskan sebagai Pejabat PMRAM.

Kedua : Jawatankuasa asrama terdiri daripada 3 orang wakil Badan Pengurus PMRAM.

Jikalau pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ingin menafikan fakta saya, silakan. Saya sedia berhujah dan berdebat berkenaan peraturan asrama ini.

Saya sebenarnya tidak pasti, bilakah tarikh perdamaian di antara PMRAM dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah akan bermula. Jikalau ada tarikh itu, saya mahu menjadi sebahagian daripada anggota yang menyaksikan perdamaian itu.

Dari hati kecil ini, sudah sampai masanya JPMK ditadbir oleh pemikir-pemikir profesional bukan lagi ditadbir oleh 'tikus-tikus' yang amat takut dengan kuasa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)