Tiada Unsur Sabotaj PERUBATAN

Seorang mahasiswi Perubatan Mesir (yang tinggal di El-Mounira, Sayyedah Zainab) menghantar e-mel kepada saya bertanyakan tentang wujudkah unsur sabotaj saya kepada persatuan PERUBATAN terhadap isu penggunaan bahasa di dalam e-mel merujuk kepada artikel ini.

Isu penggunaan bahasa adalah sesuatu yang amat penting. Kita di sini sibuk mempertahankan bahasa di kalangan pejuang-pejuang bahasa, ada pula pihak yang dengan sengaja bersuara bahawa wujud unsur sabotaj.

Saya punya pandangan sendiri bahawa semua pihak, tidak kira sesiapapun untuk ditegur terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Oleh yang demikian, isu ini tidak perlu dipertikaikan oleh mahasiswi berkenaan.

Oleh yang demikian, saya berpendirian bahawa perkara ini tiada kaitan dengan agenda persatuan atau sebagainya. Perkara ini adalah isu nasional.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Menulis dengan menggunakan bahasa yang baik dan betul adalah ibadah. (Quran diturunkan menggunakan bahasa yang baik dan indah. Rasulullah bercakap menggunakan bahasa yang baik.)

Catatan Popular