Langkau ke kandungan utama

Salah Yang Tidak Salah

Saya pasti ramai telah membaca artikel daripada seorang sahabat saya, Mohd Zaki M Noor, berjudul “Tawakal dan Tafakur - Satu Pandangan Kepada Kamus Dewan”. Saya yakin, ada di antara pembaca juga akan tertanya – tanya bahawa kesilapan atau kesalahan yang sengaja dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkenaan istilah peminjaman kata daripada Bahasa Arab yang di melayukan.

Lihat contoh di bawah :

Perkataan ‘redha’ akan ditulis ‘reda’ mengikut Kamus DBP. Manakala perkataan ulama’ akan ditulis ulama. Sementara, perkataan Al-Qur’an akan ditulis al-Quran. Ada lagi beberapa contoh istilah dan perkataan pinjaman yang ditukar ke dalam Bahasa Melayu menurut Kamus DBP.

Saya tidak pasti siapa yang akan dipersalahkan dan bersalah. Saya yakin, DBP akan memilih panel pengubah istilah peminjaman kata agar ia serasi dan tidak mendatangkan permasalahan. Saya juga berkeyakinan bahawa DBP tidak bersalah di dalam hal ini. Pelbagai perbincangan telah dilakukan demi melahirkan sesuatu natijah yang positif.

Ulasan

MZP berkata…
Wah! Mengulas artikel ana! Ana tak layak lagi...

Secara peribadi, saya tidak mengatakan DBP atau Kamus Dewan itu salah, tetapi saya mencadangkan sesuatu kepada mereka. Sistem ejaan adalah sangat rumit. Satu pindaan akan menyebabkan sesuatu yang lain pula.

Saya mencadangkan ia dipinda kerana 1. mengembalikan bunyi asal dan makna asal. 2.perubahan (yang saya cadangkan) rasanya tidak menjejaskan sistem ejaan atau apa-apa perkara lain. 3.DBP sendiri melakukan sesuatu malakukan kepada pindaan kepada kalimah al-Jabbar, yang saya kira memiliki persamaan dari segi ain fe'el yang musyaddadah (sabdu) Jadi, seolah mewajarkan cadangan saya.

Adapun kalimah lain, saya fikir mungkin saudara Syafiq ada hujahnya. Hi...hi. Saya baru setakat itu sahaja.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...