Zikrayat ini sebenarnya saya telah tulis di Facebook. Tapi saya ulangsiar semuanya di sini. ZIKRAYAT EPISOD 1 Saya mulakan tulisan Zikrayat Episod 1 menceritakan tentang insan-insan di sebalik perjalanan kerjaya saya 🙂 Hajah Nik Hasnah Ismail ialah Pengurus Program Radio Gred 48 Pada tahun 2011, kami pergi Haji sama-sama. Waktu itu, saya wakil TVAlhijrah, beliau wakil IKIMfm. Insan yang membawa masuk saya ke IKIMfm. Suami beliau ialah Pengarah Filem Tanah Air, Dr Mahadi J Murat. Orang yang kalau saya akan berbual sekitar dunia filem dan sastera. Dunia lain, saya tak masuk! Hehe... Bagi saya dengan kerusi kedua beliau duduki pada waktu ini sebagai Pengurus Program Radio IKIMfm, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Usia muda. Awal 40-an. Selepas saya berhenti sebagai pegawai tetap, beliau juga yang membawa masuk saya kembali ke radio IKIMfm sewaktu peralihan pentadbiran radio IKIM. Saya perca...