Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kembara Sastera : Konstantinople

Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik- baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.  Barangkali hadith Rasulullah inilah menjadi asbab 140 peserta memilih Kembara Ibrah Konstantinople, Back To The Future yang dipimpin oleh Ust Syaari Ab Rahman pada 23 Mei hingga 2 Jun lalu yang dianjurkan oleh IKIMfm dengan kerjasama Raudah Mawaadah Travel n Tours Sdn Bhd. Alhamdulillah, tepat jam 11:30 malam, penerbangan menerusi Turkish Airlines meninggalkan tanah air dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul pada 5:08 pagi, Ahad 24 Mei 2015. Biarpun nampak keletihan, semangat peserta tidak pudar sama sekali untuk menjejaki ibrah di sebalik pembukaan kota Konstantinople. Pengembaraan kali ini turut disertai oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan,Ketua Pengarah IKIM dan Dr Nik Roskiman Abd Samad selaku Pengarah Pusat Media IKIM. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit untuk tiba di Turquhouse ...

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE MESIR

Alhamdulillah, keputusan SPM pun sudah dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Insya-Allah seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, bagi mereka  yang ingin ke Universiti Al-Azhar, Kaherah bagi sesi pengajian 2016/17 boleh berbuat demikian insya-Allah. Waktu ini, peluang diberikan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Insya-Allah satu taklimat akan diadakan di Temerloh, Pahang pada 26 Mac ini bermula jam 1 tengahari. Jumpa saya di sana, insya-Allah.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali in...

JOM KE MESIR

 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 telah diumumkan. Alhamdulillah, sejumlah 444 orang calon telah memperoleh keputusan pengajian cemerlang dengan cemerlang MUMTAZ. Tahniah diucapkan. Alhamdulillah pengalaman saya menduduki STAM 2003 amat menggerunkan. Memanglah, gerun mahu mengetahui apa agaknya keputusan yang akan diberikan oleh guru kepada saya. Tapi, confirmlah saya sudah tidak ingat bagaimana saya ke Maahad Johor, Johor Bahru untuk mengambil keputusan tersebut. Baiklah.  Izinkan saya berkongsi dengan kalian tentang apa yang kita perlu tahu selepas mendapat keputusan cemerlang tersebut. Saya alhamdulillah, walaupun tidak MUMTAZ SOFI, tapi keputusan keseluruhan MUMTAZ. Nak tahu, mengapa saya memilih Al-Azhar? Ya Universiti Al-Azhar, Mesir la. Saya pun tidak menyangka selepas menamatkan pengajian, saya memilih Al-Azhar. Sebenarnya tempoh yang lama, sejak hari ini (Januari) keputusan peperiksaan keluar sehingga bulan September nanti. Tetapi, ole...

Selamat Datang 2016

Selamat Datang Tahun 2016 yang penuh dengan cabaran luar biasa ini. Siapa yang beritahu demikian? Saya tidak pasti tetapi itulah yang kita dengar saban waktu dan hari. Mulai 1 Januari 2016, saya telah mulakan percutian saya sebagai Penerbit Rancangan Radio IKIMfm. Maka tiada lagi konsul radio yang akan saya pegang an sebagainya. Itulah ketetapan yang telah dinikmatkan kepada saya. Maka apa perancangan saya untuk tahun-tahun mendatang ini? Apa sebenarnya yang ingin dicapai sepanjang saya berada di atas muka bumi ini? Semuanya akan dikongsikan dalam siri-siri mendatang. Gambar di bawah ini sewaktu saya berforum bersama-sama SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dr Azhar Mohamad di Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kalau hendak difikirkan, memang jadi penyampai radio dan penerbit mungkin hebat dan boleh jadi luar biasa. Tetapi itu pengalaman sahaja. Pengalaman yang mematangkan. Pengalaman yang mendewasakan. Ada bany...

2015 : PERJALANAN AKHIR SEORANG PENERBIT RANCANGAN RADIO IKIMFM

Assalamualaikum wrb 1. Keputusan untuk berhijrah dan meletakkan jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia dilakukan pada awal Oktober 2015 lagi. Ia mengambil masa terlalu panjang sehingga saya membuat keputusan pada 21 Disember 2015 untuk menghantar surat kepada pengurusan dan pentadbiran. 2. Alhamdulillah, pengalaman di IKIM adalah paling panjang. Bermula 1 Mac 2012 sewaktu ditawarkan jawatan tersebut sehingga hari ini. Malah tidak ketinggalan bahawa saya berkongsi tempat kerja yang paling selesa dan tenang sepanjang siri-siri perjalanan saya seorang penyampai dan penerbit rancangan. 3. IKIM telah memandu kerjaya saya dengan cemerlang. Dalam lipatan pengalaman kewartawanan, saya dihantar ke Gaza pada 2012 (tahun pertama) kemudian ke Jordan (Misi Kemanusiaan Syria) pada 2013, disusuli menunaikan haji pada 2014 dan tahun ini ke bumi Istanbul, Turki (2015). Pengalaman berkhidmat dan bertugas di luar negara adalah satu pengalaman penting dalam kerjaya saya. 4. M...

Buku Baharu

SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2015, saya mempersembahkan tiga buah karya daripada genre yang berbeza. KUMPULAN CERPEN : DOA DARI ARAFAH (menghimpunkan karya-karya saya bernuansa Islam perjalanan saya sepanjang di Mesir, pernah ke Jordan, bumi Gaza, dan Arab Saudi) HARGA : RM 18.00 KUMPULAN PUISI : NUR DI KOTA KAHERAH  (menghimpunkan karya puisi yang bukan sahaja puisi semata-mata tetapi bergerak melalui gambar dan pengalaman. Belajarlah dunia puisi melalui karya ini.) HARGA : RM 12.00 TRAVELOG : ILHAM KEMBARA (menghimpunkan perjalanan kembara saya ke bumi Gaza bersama-sama dengan teman-teman daripada luar negara yang lain. Jamahlah karya ini supaya kalian dapat berjalan dengan lebih jauh) HARGA : RM 20.00 BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI ONLINE. Hantarkan nama, alamat dan no telefon ke Whatapps +60177346946 ONLINE MAYBANK ONLINE CIMB