Langkau ke kandungan utama

2015 : PERJALANAN AKHIR SEORANG PENERBIT RANCANGAN RADIO IKIMFM

Assalamualaikum wrb



1. Keputusan untuk berhijrah dan meletakkan jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia dilakukan pada awal Oktober 2015 lagi. Ia mengambil masa terlalu panjang sehingga saya membuat keputusan pada 21 Disember 2015 untuk menghantar surat kepada pengurusan dan pentadbiran.

2. Alhamdulillah, pengalaman di IKIM adalah paling panjang. Bermula 1 Mac 2012 sewaktu ditawarkan jawatan tersebut sehingga hari ini. Malah tidak ketinggalan bahawa saya berkongsi tempat kerja yang paling selesa dan tenang sepanjang siri-siri perjalanan saya seorang penyampai dan penerbit rancangan.

3. IKIM telah memandu kerjaya saya dengan cemerlang. Dalam lipatan pengalaman kewartawanan, saya dihantar ke Gaza pada 2012 (tahun pertama) kemudian ke Jordan (Misi Kemanusiaan Syria) pada 2013, disusuli menunaikan haji pada 2014 dan tahun ini ke bumi Istanbul, Turki (2015). Pengalaman berkhidmat dan bertugas di luar negara adalah satu pengalaman penting dalam kerjaya saya.

4. Masa silih berganti. Waktu yang berjalan bukanlah satu perjalanan biasa. Malah, saya seorang yang telah merangka perjalanan hidup dengan motivasi penting kepada diri sendiri. Saya masih ingat lagi apa yang saya bentangkan pada Oktober 2015 bersama-sama rakan IKIM yang lain. Saya berbangga kerana rakan-rakan tidak pernah menghalang pencapaian saya pada hari ini.

5. Saya percaya hidup ini adalah sementara. Dunia hanya persinggahan dan tempat yang kekal adalah akhirat semata-mata. Oleh yang demikian, keputusan-keputusan ini terpaksa saya lakukan demi mendapat keredaan Allah lebih utama daripada memikirkan jalan dunia yang hanya sebagai tempat persinggahan. (Satu masa kalian akan membaca nota saya ini dengan penuh rasa berdebar)

6. Saya membaca pengalaman ulama, perjuangan para sahabat dan Nabi yang selalu akan memberikan motivasi yang paling kuat. Sebenarnya apa sahaja yang dicatatkan ini pernah saya catatkan di dalam karya-karya saya sebelum ini. Namun, sedar atau tidak sahaja, segalanya adalah aturan-Nya.

7. Izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang telah mengizinkan untuk saya melepaskan jawatan yang paling berharga di IKIM ini. Terima kasih juga kepada Pengarah Pusat Media IKIM, Ketua Pengarah IKIM yang mengizinkan juga perjalanan ini.

8. Saya percaya keputusan-keputusan hambaNya itu bukanlah sesuatu keputusan yang biasa. Keputusan ini adalah amat luar biasa. Hijrah itu adalah sesuatu anugerah daripada Allah SWT.

Salam Perpisahan 2015



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)