Langkau ke kandungan utama

Catatan

JOM KE MESIR

 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 telah diumumkan. Alhamdulillah, sejumlah 444 orang calon telah memperoleh keputusan pengajian cemerlang dengan cemerlang MUMTAZ. Tahniah diucapkan. Alhamdulillah pengalaman saya menduduki STAM 2003 amat menggerunkan. Memanglah, gerun mahu mengetahui apa agaknya keputusan yang akan diberikan oleh guru kepada saya. Tapi, confirmlah saya sudah tidak ingat bagaimana saya ke Maahad Johor, Johor Bahru untuk mengambil keputusan tersebut. Baiklah.  Izinkan saya berkongsi dengan kalian tentang apa yang kita perlu tahu selepas mendapat keputusan cemerlang tersebut. Saya alhamdulillah, walaupun tidak MUMTAZ SOFI, tapi keputusan keseluruhan MUMTAZ. Nak tahu, mengapa saya memilih Al-Azhar? Ya Universiti Al-Azhar, Mesir la. Saya pun tidak menyangka selepas menamatkan pengajian, saya memilih Al-Azhar. Sebenarnya tempoh yang lama, sejak hari ini (Januari) keputusan peperiksaan keluar sehingga bulan September nanti. Tetapi, ole...

Selamat Datang 2016

Selamat Datang Tahun 2016 yang penuh dengan cabaran luar biasa ini. Siapa yang beritahu demikian? Saya tidak pasti tetapi itulah yang kita dengar saban waktu dan hari. Mulai 1 Januari 2016, saya telah mulakan percutian saya sebagai Penerbit Rancangan Radio IKIMfm. Maka tiada lagi konsul radio yang akan saya pegang an sebagainya. Itulah ketetapan yang telah dinikmatkan kepada saya. Maka apa perancangan saya untuk tahun-tahun mendatang ini? Apa sebenarnya yang ingin dicapai sepanjang saya berada di atas muka bumi ini? Semuanya akan dikongsikan dalam siri-siri mendatang. Gambar di bawah ini sewaktu saya berforum bersama-sama SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dr Azhar Mohamad di Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kalau hendak difikirkan, memang jadi penyampai radio dan penerbit mungkin hebat dan boleh jadi luar biasa. Tetapi itu pengalaman sahaja. Pengalaman yang mematangkan. Pengalaman yang mendewasakan. Ada bany...

2015 : PERJALANAN AKHIR SEORANG PENERBIT RANCANGAN RADIO IKIMFM

Assalamualaikum wrb 1. Keputusan untuk berhijrah dan meletakkan jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia dilakukan pada awal Oktober 2015 lagi. Ia mengambil masa terlalu panjang sehingga saya membuat keputusan pada 21 Disember 2015 untuk menghantar surat kepada pengurusan dan pentadbiran. 2. Alhamdulillah, pengalaman di IKIM adalah paling panjang. Bermula 1 Mac 2012 sewaktu ditawarkan jawatan tersebut sehingga hari ini. Malah tidak ketinggalan bahawa saya berkongsi tempat kerja yang paling selesa dan tenang sepanjang siri-siri perjalanan saya seorang penyampai dan penerbit rancangan. 3. IKIM telah memandu kerjaya saya dengan cemerlang. Dalam lipatan pengalaman kewartawanan, saya dihantar ke Gaza pada 2012 (tahun pertama) kemudian ke Jordan (Misi Kemanusiaan Syria) pada 2013, disusuli menunaikan haji pada 2014 dan tahun ini ke bumi Istanbul, Turki (2015). Pengalaman berkhidmat dan bertugas di luar negara adalah satu pengalaman penting dalam kerjaya saya. 4. M...

Buku Baharu

SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2015, saya mempersembahkan tiga buah karya daripada genre yang berbeza. KUMPULAN CERPEN : DOA DARI ARAFAH (menghimpunkan karya-karya saya bernuansa Islam perjalanan saya sepanjang di Mesir, pernah ke Jordan, bumi Gaza, dan Arab Saudi) HARGA : RM 18.00 KUMPULAN PUISI : NUR DI KOTA KAHERAH  (menghimpunkan karya puisi yang bukan sahaja puisi semata-mata tetapi bergerak melalui gambar dan pengalaman. Belajarlah dunia puisi melalui karya ini.) HARGA : RM 12.00 TRAVELOG : ILHAM KEMBARA (menghimpunkan perjalanan kembara saya ke bumi Gaza bersama-sama dengan teman-teman daripada luar negara yang lain. Jamahlah karya ini supaya kalian dapat berjalan dengan lebih jauh) HARGA : RM 20.00 BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI ONLINE. Hantarkan nama, alamat dan no telefon ke Whatapps +60177346946 ONLINE MAYBANK ONLINE CIMB

HALA TUJU SELEPAS STAM 2019

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dikeluarkan pada Januari 2020. Alhamdulillah kepada semua yang berjaya mendapat keputusan cemerlang sama ada MUMTAZ, JAYYID JIDDAN, JAYYID, MAQBUL atau sebagainya. Teringat juga saya sewaktu menerima keputusan STAM enam belas tahun yang lalu. Begitulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keputusan sudah keluar, pihak ILMAM Malaysia (Likes Ilmam Malaysia) telah memaklumkan bahawa sebarang maklumat untuk ke bumi Mesir bagi lepasan STAM akan dimaklumkan oleh mereka. Insya-Allah, seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak kami menghantar mahasiswa ke bumi Mesir dan alhamdulillah semua berjalan dengan sempurna. BAGAIMANA MEMOHON KE MESIR (1) Dapatkan maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang kemasukan ke bumi Mesir. (2) Perkasakan bahasa Arab supaya urusan pendidikan berjalan dengan baik (3) Banyakkan menyelidik segala maklumat berkenaan dengan bumi Mesir dan sekitarnya. (bagi ibu bapa yang amat risau tenta...

2015

POST pertama tahun 2015. Manusia suka buat apa untuk tahun ini? Manusia suka jadi apa untuk tahun ini? Manusia sudah merancang untuk apa pada tahun ini? Menanti apa yang bakal berlaku pada tahun 2015. Selamat tahun baru ini untuk semua. Cahaya Raudhah 24 Januari 2015

Umrah

Sekarang musim orang pergi umrah.  Labaikallah....