Langkau ke kandungan utama

Catatan

Perjalanan Masih Jauh

1 Mac 2012 - Khamis "Kami bangga kerana kami ada calon seperti awak." Saya menjerat leher sendiri. Ini destinasi perjalanan baru. Ini destinasi kehidupan baru. Saya berbangga kerana menempuhi segala perjalanan sepanjang menjadi insan terpilih di TVAlhijrah, enam belas bulan lalu. Mungkin terlalu singkat catatan yang mampu saya rakamkan. Tetapi, inilah sebuah perjalanan dan kelahiran yang dijanjikan Tuhan. Terima kasih kepada TVAlhijrah yang mendewasakan. Terima kasih kepada Cik Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah yang mengenalkan saya dengan dunia penerbitan. Terima kasih kepada Abang Syirfan Indra Mitra Surya yang percaya malah memberi kepercayaan seratus peratus di atas setiap tugasan saya. Terima kasih juga kepada Encik Zainal Rashid Ahmad, yang menakhoda perjalanan saya sebagai seorang pemula anak seni penyiaran. Jasa kalian, hanya Allah yang akan membalas. Saya insan yang mempunyai kelemahan dari segenap sudut. Percaya atau tidak, saya dibatasi dengan pelbagai gejolak dalam ji...

Surat-Surat Buat Dang Kerinting

ALAHAI Dang Kerinting yang rupawan, kechewa benar kekanda apabila mengetahui Dang Kerinting buat hal lagi. Sudah-sudahlah tu. Sejak Dang Kerinting dihantar ke Pulau Kemanjuan, perangai Dang Kerinting masih tidak lagi berubah. Menggeletek Dang Kerinting tidak habis-habis lagi. Ingat tak lagi Dang Kerinting tatkala Dang Kerinting buat hal di Pulau Kemanjuan. Masakan tidak, waktu itu hampir dipecat oleh kepimpinan Sultan namun atas rasa sedih dan sayangnya Sultan pada Dang Kerinting, syukur kerana segalanya selamat. Nasihat kekanda, Dang Kerinting usah buat hal lagi.

Saya dan Cerita-Cerita

Waktu ini saya jadi penerbit rancangan Assalamualaikum SAYA MULAKAN penulisan ini dengan menyatakan saya gila pada awal Januari ini. Saya separuh gila memikirkan masa hadapan saya. Malah saya telah melakukan pelbagai pentafsiran dan keputusan yang kekadang tidak menjamin kebahagiaan langsung terhadap diri saya. Betapa saya kegalauan dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. (2) Bulan Januari ini, biarpun saya menggila tetapi saya berpuas hati kerana kegilaan saya hampir menjadi. Saya cukup berpuas hati kerana jaringan hubungan diplomasi antarabangsa dapat saya lakukan dengan sebaiknya. Saya seharusnya bertemu dengan Chairman PTS bagi mendalami ilmu jaringan sosial yang disebut networking kerana beliau adalah pakarnya. Namun, keripuhan masing-masing menyebabkan ada ruang terganggu. Namun, saya yakin akan berada di landasan yang tepat dan berstrategi, insya-Allah. Siapa insan penting atas pertemuan sepanjang Januari ini? 1. Bidang jaringan pengacaraan. A...

Ikat Kontrak Bersama Inteam

RAMAI dan kebanyakan orang kenal dengan kumpulan nasyid Inteam. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan mengikat kontrak bersama kumpulan nasyid Inteam mulai bulan Februari ini. Usah terperanjat jika saya mengatakan bahawa saya sebenarnya sudah bersedia berhadapan dengan dunia bebas dalam masa terdekat ini. Realitinya, saya mahu berlari sendiri tanpa ada apa-apa ikatan. Apa yang akan berlaku dari hari ke hari saya akan menunggu dan terus menunggu. Apabila kita mengikat kontrak dengan mana-mana pihak, kita akan mendapat 'gaji tetap' sebagai upah kontrak yang dilakukan. Saya fikir, dengan tujuan ini saya akan lebih bersedia untuk menguruskan syarikat sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Setiap hari saya memikirkan benda baru dalam hidup. Ya, bisnes membuatkan saya berfikir lebih laju. Dengan bisnes juga menyebabkan saya tinggalkan dunia tidur saya dengan banyak. Saya sudah peruntukkan seawal Subuh saya dengan berfikir dan bertindak. Malam saya dengan berfikir dan ber...

AWAL FEBRUARI : Ada berita mengejutkan!

Tinggal lagi tujuh hari masuk bulan Februari. Awalan kata, ada sesuatu yang akan menggemparkan banyak pihak termasuk pembaca blog saya pada 1 Februari tersebut. Saya telah bertemu dengan mentor untuk mendapatkan nasihat dalam dunia kehidupan saya. Oh, saya berbangga atas nasihat dan pandangan yang diaturkan untuk saya membina keputusan. Malah, saya menganggap beliau telah membuka pemikiran yang realistik kepada saya. Seawal pengumuman nanti pada 1 Februari, pasti ramai akan menyaksikan saya berposisi dalam stesen televisyen baru. Ah! Usah pelik dengan apa yang bakal berlaku pada 1 Februari nanti. Semuanya akan terjawab pada hari tersebut.