Langkau ke kandungan utama

Catatan

PMRAM ke JPMK : Jawapan Balas Kepada Artikel Faizal Sabhon

SAYA tidak bersetuju dengan kenyataan Saudara Faizal Sabhon di dalam artikel terbaharu yang berjudul, “SEBAB PMRAM BERTANDANG KE JPMK”. Seorang mahasiswa yang diberikan akal yang waras oleh Allah Taala seharusnya bertanya terlebih dahulu kepada PMRAM (sepertimana yang dinyatakan oleh beliau dalam artikelnya sebelum ini) “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”(Surah Al Hujuraat, ayat 6). Untuk pengetahuan, PMRAM telah berbincang dengan kepimpinan BKAN pada hari Jumaat (17 April 2009) untuk menghantar surat kepada pihak JPMK di atas insiden tersebut. Oleh sebab kedutaan bercuti pada hari Sabtu, pihak kepimpinan telah membuat keputusan untuk mengadakan perjumpaan pada hari Ahad (19 April 2009). Pada hari Sabtu (18 April 2009), ISMA-MESIR telah mengeluarkan kenyataan rasmi t...

Benarkah Kepimpinan PMRAM Mengamuk

Novel 'Ketupat Cinta' yang dikarang oleh Faisal Tehrani juga menghadapi polemik kontroversi apabila mantan Mufti Perlis, Dr Asri pernah mempertikaikan FT seorang pengikut mazhab Syiah. ISU kontroversi dalam Festival Asean yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir sudah sampai ke puncaknya. Daripada satu sisi yang lain, barangkali tempias ini akan disabitkan kepada kepimpinan PMRAM. Dua orang individu di dalam PMRAM dikaitkan secara langsung di dalam kes ini (merujuk kepada kenyataan rasmi ISMA). Walaupun dua orang individu tersebut bukan lagi merupakan kepimpinan PMRAM tetapi apa yang boleh dipertikaikan adalah kedua-dua individu tersebut adalah bekas (mantan) kepimpinan yang makruf di kalangan ahli umumnya. Jikalau begitu, benarlah kepimpinan PMRAM mengamuk? Saya gemar memandang perkara ini daripada aspek yang berbeza. Pertama : Jikalau perkara ini ‘tid...

Tarian Budaya Bangsa Kita?

Saya adalah pencinta seni. Seni budaya, penulisan, khazanah bangsa dan lain-lain lagi. Sebab itu, baru-baru ini ketika kedatangan wakil Yayasan Warisan Johor ke Mesir, banyak manfaat yang saya peroleh. Seni itu indah. Tetapi mencorakkan seni bukan dengan jalannya adalah sesuatu yang 'parah'. Barangkali masih tidak ramai membuat komentar berkenaan Festival Asean anjuran KBMK dan JPMK dengan kerjasama (konon-kononnya) Persatuan Pelajar Malaysia di Mesir. Saya mengesyorkan kalian membaca artikel ini yang ditulis oleh Saudara Hairul Nizam mantan Presiden PMRAM. Saya berada di tapak konsert malam terakhir sebelum kedatangan perasmi penutup dan beredar meninggalkannya selepas tamat acara. Saya lebih awal mengisi kekosongan padang tersebut. Namun, barangkali kita harus juga 'terperanjat' dengan salah satu daripada persembahan timur yang dipersembahkan di dalam majlis tersebut. Malam tersebut saya amat beruntung kerana disibukkan dengan panggilan bermacam-macam. Oleh kerana ke...

Dunia Penulisan

KETIKA pulang ke Malaysia pada tahun 2007, saya telah membeli buku ini. Judulnya ‘Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas’ yang ditulis oleh Saudara Zamri Mohamad terbitan PTS. Selepas saya bawa pulang ke rumah, salah seorang ahli keluarga bertanya, “sekarang sudah mahu jadi orang kaya”. Saya tidak berkata apa-apa. Yang saya fikir adalah saya harus menjadi seorang penulis. Sama ada untung atau sebaliknya, sama ada kaya atau tidak, yang penting saya sudah memberikan kekayaan kepada pembaca. Penipulah atau bahasa kasar (bohong) jikalau ada di kalangan penulis tidak mahukan keuntungan (royalti) daripada hasil penulisan. Tetapi, selalunya penulis akan ‘gagal’ meneruskan penulisan mereka sehingga ke titik akhir kerana tidak memperoleh idea yang berkembang satu-persatu. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula 17 sehingga 26 April ini, saya jadi cemburu kepada teman-teman penulis yang sudah banyak menghasilkan buku terbaharu. Antaranya, Saudara Firdaus Ariff (penulis PT...

Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor Dirasmi

OLEH kerana saya anak jati negeri Johor Darul Takzim di samping menetap di daerah Johor Bahru, suka saya menarik perhatian warga Johor amnya sama ada yang berada di Malaysia ataupun di luar negara terhadap Majlis Perasmian Kota Iskandar, Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor yang bakal dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Projek Iskandar Malaysia (IM) yang merangkumi beberapa kawasan di negeri Johor (selatan) telah menjadi buah mulut di kalangan pihak kerajaan mahupun pembangkang. Isu kuasa tanah dan beberapa lagi pembangunan segitiga ini dijadikan bahan ceritera kerana pelbagai salah tanggap negatif terhadap kewujudan bandar ini. Dikatakan bahawa bandar Nusajaya dirancang demi memastikan pelabur-pelabur asing dapat menumpukan IM sebagai salah satu pusat pelancongan, perdagangan dan pendidikan yang terkenal di dunia. Saya menjangkakan bahawa bandar Nusajaya yang telah menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor yang baharu ini setaraf dengan ba...

Kita Pilih Kerja?

Kucing 'kami' pun mahu cari kerja juga Sumber : Utusan Malaysia, 14 April 2009 Pekerja kita masih pilih kerja ALOR GAJAH 13 April – Cakap-cakap mengenai rakyat tempatan memilih kerja terbukti. Kira-kira 12,000 jawatan kosong dalam pelbagai bidang gagal diisi sehingga kini. Sambil menyatakan rasa kesalnya, Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, pelbagai skim latihan termasuk dalam sektor perhotelan, restoran dan keselamatan juga telah diperkenalkan. Namun, katanya, sambutan di kalangan pekerja terutama yang telah diberhentikan untuk mengikuti latihan selama enam bulan sebelum diserap ke jawatan kosong yang berkenaan masih dingin. “Mereka hanya memilih pekerjaan yang setaraf dengan pencapaian akademik masing-masing menyebabkan jawatan kosong yang ditawarkan itu tidak dapat diisi. “Saya harap mereka tidak terlalu memilih pekerjaan memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak begitu baik, rebut sahaja peluang pekerjaan buat sementara waktu,” katanya. Beliau b...

TUMPUAN - PINJAM SEMANGAT MAHASISWA PERUBATAN

Jadual pengajian semester akhir BARANGKALI sudah sampai masanya semangat mahasiswa perubatan perlu diambil perhatian sewajarnya oleh semua mahasiswa pengajian Islam di bumi Mesir ini. Kita perlu sedar bahawa setiap satu minit merupakan 'emas' berharga yang perlu digunakan demi memastikan kita mampu bergelar seorang graduan yang cemerlang. Dalam masa yang terlalu singkat ini banyak perkara yang perlu kita laksanakan.