Langkau ke kandungan utama

Benarkah Kepimpinan PMRAM Mengamuk

Novel 'Ketupat Cinta' yang dikarang oleh Faisal Tehrani juga menghadapi polemik kontroversi apabila mantan Mufti Perlis, Dr Asri pernah mempertikaikan FT seorang pengikut mazhab Syiah.

ISU kontroversi dalam Festival Asean yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir sudah sampai ke puncaknya.

Daripada satu sisi yang lain, barangkali tempias ini akan disabitkan kepada kepimpinan PMRAM. Dua orang individu di dalam PMRAM dikaitkan secara langsung di dalam kes ini (merujuk kepada kenyataan rasmi ISMA). Walaupun dua orang individu tersebut bukan lagi merupakan kepimpinan PMRAM tetapi apa yang boleh dipertikaikan adalah kedua-dua individu tersebut adalah bekas (mantan) kepimpinan yang makruf di kalangan ahli umumnya.

Jikalau begitu, benarlah kepimpinan PMRAM mengamuk?

Saya gemar memandang perkara ini daripada aspek yang berbeza.

Pertama : Jikalau perkara ini ‘tidak diletupkan’ barangkali ada yang masih lena. Mereka menganggap semua perkara yang mereka lakukan ada kebenarannya. Malah ada kemungkinan program seumpama ini akan berulang pada masa-masa mendatang.

Ramai yang akan beranggapan PMRAM seolah-olah ‘mengamuk’ menghadapi situasi ini. Terlalu gopoh-gapah dalam menyelesaikan isu. Terlalu ini dan terlalu itu.

Pada zaman pendidikan dahulu, kadang-kadang kita dibantai oleh ibu bapa kita di atas setiap kesalahan yang dilakukan. Apakah kita akan ‘tersedar’ daripada lena selepas itu? Barangkali ya kerana kita anak-anak. Tetapi sekarang, mungkin kita sudah dewasa. Mahu menegur adalah sesuatu perkara yang diharamkan. Fikir semula.

Kedua : Jikalau pihak penganjur menyedari perkara ini semenjak berakhirnya program, mengapa tidak mengeluarkan kenyataan secara rasmi dan terbuka sehari selepas itu? Malah, sehingga perkara ini menjadi buah mulut sebahagian pihak barulah dicanai-canai ‘kami mengakui kesilapan’.

Siapa yang terlalu maksum? Saya mengakui tiada langsung pihak yang sempurna. Tetapi kita hidup di atas satu landasan. Islam mengajar mencegah perkara yang mungkar lebih daripada sebenarnya.

Tanggapan bahawa kepimpinan PMRAM terlampau ekstrim malah mengamuk di dalam mengkaji kes ini adalah sesuatu yang tidak adil. Barangkali ramai juga beranggapan, hadirnya kepimpinan PMRAM di KBMK pada hari Ahad (19 April 2009) dan menyerahkan surat kekesalan juga sebagai tindakan drastik kepimpinan yang sudah mula dianggap ‘liar’ oleh sesetengah pihak.

Pada hemat saya, sekurang-kurangnya kita belajar untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. Tidak salah rasanya menegur mana-mana pihak. Malah setiap teguran itu ada hikmahnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)