Langkau ke kandungan utama

Catatan

Imtihan sedang berjalan. Sibuk membaca bukan kepalang. Tapi awas, jangan tersasar sampai lupa untuk rehat. Zon Peperiksaan Bermula. 22 Mei sehingga 15 Jun. Doakan perjalanan hamba ini. Bukan mudah untuk mudah.

Maafkan Saya!!!

Oleh : typeace Annual Festival of BKPJM 06 merupakan program mega Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM). Sepanjang saya di dalam pentadbiran BKPJM selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan, tidak pernah walau sekali saya berhadapan dengan keadaan dan program mega ini. Pelbagai program telah di susun sepanjang 15 hingga 20 Julai 2006 nanti. Namun, saya minta maaf kerana tidak dapat melibatkan diri bersama-sama kalian semua di dalam program itu nanti. Bermula program itu nanti, bermulalah tugas saya di tanah air. 15 Julai. Tarikh saya dijangka tiba di perkarangan Lapangan Terbang Changi, Singapura. Biarpun saya tidak dapat bersama kalian semua, namun saya yakin kalian dapat lakukan yang terbaik untuk program itu nanti. Daripada bisik-bisik suara yang saya dengar, banyak juga perbelanjaan yang digunakan untuk menampung program itu nanti. Paling utama sekali semestinya Program KASIH yang akan diadakan pada 15 dan 16 Julai. Apa tidaknya, bakal pengantin lelaki dan perempu...

Nilai Bahasa Kita

Oleh : Syafiq Zulakifli Saya amat malu apabila ada yang menyatakan mereka adalah orang Melayu tetapi Bahasa Melayu di dalam peperiksaan tidak lulus atau sekadar 5C atau 6C (Sijil Pelajaran Malaysia). Saya bukan orang bahasa. Tapi saya mahu bahasa saya sendiri diagungkan. Bukannya apa, sekadar ingin meletakkan Bahasa Melayu setanding bahasa – bahasa ternama di dunia. Tidak salah bukan? Belajar bahasa tidak sukar. Namun, mesti ada kesungguhan. Ada yang mampu berkata- kata dengan kalam berbunga-bunga. Ada pula yang mampu bercerita dan bersyarah berjam-jam. Namun, apabila masuk ke dalam kelas bahasa, rupa-rupanya hampas. Maafkan saya andai bahasa yang saya gunakan agak kasar. Bukan saya ingin mengherdik kalian semua. Sekadar bercerita dan menyampaikan kekesalan saya terhadap insan yang memperlekehkan bahasa sendiri. Saya mencapai blog Kak Nisah . Siapa yang tidak kenal dengan Kak Nisah. Seorang peguam yang terus mekar di medan seni bahasa. Jika dia seorang peguam yang boleh kesal terhadap ...

Rahsia Terbongkar

Apabila ramai bertanyakan kepada saya apakah maksud ‘Pancatantera’ , saya hanya menyatakan bahawa ia adalah sebuah buku semasa keagungan Zaman Kerajaan Bani Abasiyah. Pancatantera merupakan sebuah buku asal di dalam bahasa Sanskrit. Ia telah diterjemah oleh Ibn al- Muqaffa’ yang berasal dari Parsi dan beragama Zorastorianisme. Beliau pernah menjawat jawatan tertinggi Kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah. Ibn al-Muqaffa’ mempunyai pengetahuan yang amat luas di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Parsi dan Arab. Oleh yang demikian, beliau telah menterjemahkan buku yang berasal dari bahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Arab yang bertajuk Kalilah Wa Dimnah. Di dalamnya mengandungi cerita berkaitan dengan binatang dan perumpamaan.

CITA-CITA + IMPIAN

Oleh : Syafiq bin Zulakifli Semua manusia ada cita-cita. Ada juga yang lansung tak memikirkan soal masa depan dan akan datang. Ingat lagi semasa di sekolah, cikgu sering bertanya apa cita-cita anda. Ada apa dengan cita-cita? Adakah penting sangat cita-cita itu? Berapa peratus cita-cita seseorang akan tercapai? Semasa dibangku sekolah, bermacam-macam cita-cita yang saya lontarkan pada cikgu. Guru, Pensyarah, Bomba, Askar, Polis, dan Peguam. Itulah enam cita-cita yang saya masih ingat sekitar pemahaman dan pemikiran saya apabila diminta menyatakan cita-cita. Hari demi hari dan tahun demi tahun, masa berjalan dengan pantas. Daripada sebuah cita-cita, ia bertukar menjadi sebuah realiti. Semenjak berada di sekolah menengah, cita-cita saya sememangnya ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Biarpun kekadang halangan dan rintangan banyak sangat ditempuhi,saya tidak pernah mengalah. Mungkin semua ini telah ditetapkan dan ia merupakan rezeki daripada Allah. Alhamdulillah. Tahun 200...

Menggilap BAKAT Diri

Oleh: DR. SIDEK BABA SETIAP remaja dilahirkan dengan bakat dan kebolehan. Bakat dan kebolehan perlu digilap secara berterusan supaya ia memberi guna kepada diri dan orang lain. Bakat remaja jangan dibiarkan terpendam dan terbenam. Bakat remaja harus diserlahkan supaya proses pencerdasan boleh berlaku. Bakat remaja adalah ibarat benih. Benih yang baik dan berkualiti apabila disemai dan ditanam di tanah yang subur dan dijaga dengan baik, ia akan tumbuh, membiak dan menghasilkan bunga dan buah yang berkualiti dan memberi guna kepada orang lain. Bakat remaja juga begitu. Allah tidak kurniakan seseorang remaja dengan bakat yang sama, kecenderungan yang serupa dan minat yang sealiran. Bakat yang ada pada remaja harus dikenalpasti. Proses pendidikan dan pengilmuan boleh memandu dan mengenalpasti bakat yang ada para remaja. Pada satu tahap umur remaja, cita-cita mula dibina, minat dan kecenderungan terhadap sesuatu bidang mula kelihatan. Walaupun di peringkat ini remaja masih belum tetap hatin...

Tahukah Anda?

Oleh : Syafiq Bin Zulakifli Tahukah anda bahawa PMRAM merupakan sebuah persatuan yang menaungi pelajar-pelajar Malaysia di Republik Arab Mesir. Kini, PMRAM telah berdiri utuh selama 76 tahun. Pada sesi ini (2006) persatuan ini telah dinaungi oleh presidennya iaitu Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain .Hanya kerana Allah kami serahkan jiwa dan raga untuk membantu persatuan ini. Sahabat-sahabat seperjuangan, Selepas 7 dekad belalu, PMRAM telah menempuhi pelbagai rintangan dan halangan demi memastikan pergerakan mahasiswa dan mahasiswi berlandaskan syariat dan misi perjuangan dakwah sebagaimana dibawa oleh junjuangan besar Nabi Muhammad SAW. Suka dinyatakan bahawa tanpa kesepaduan dan kebersamaan ahli-ahli PMRAM maka saya yakin kekuatan PMRAM ibarat gelas yang sudah retak menunggu masa akan pecah. Justeru, sebagai wadah perjuangan rasmi persatuan di Mesir, alangkah indahnya apabila kita bersama-sama berganding bahu sehayun tangan selangkah kaki untuk memartabatkan ukhuwah persaudaraan dan p...