Langkau ke kandungan utama

Tahukah Anda?

Oleh : Syafiq Bin Zulakifli

Tahukah anda bahawa PMRAM merupakan sebuah persatuan yang menaungi pelajar-pelajar Malaysia di Republik Arab Mesir. Kini, PMRAM telah berdiri utuh selama 76 tahun. Pada sesi ini (2006) persatuan ini telah dinaungi oleh presidennya iaitu Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain .Hanya kerana Allah kami serahkan jiwa dan raga untuk membantu persatuan ini.

Sahabat-sahabat seperjuangan,

Selepas 7 dekad belalu, PMRAM telah menempuhi pelbagai rintangan dan halangan demi memastikan pergerakan mahasiswa dan mahasiswi berlandaskan syariat dan misi perjuangan dakwah sebagaimana dibawa oleh junjuangan besar Nabi Muhammad SAW. Suka dinyatakan bahawa tanpa kesepaduan dan kebersamaan ahli-ahli PMRAM maka saya yakin kekuatan PMRAM ibarat gelas yang sudah retak menunggu masa akan pecah.

Justeru, sebagai wadah perjuangan rasmi persatuan di Mesir, alangkah indahnya apabila kita bersama-sama berganding bahu sehayun tangan selangkah kaki untuk memartabatkan ukhuwah persaudaraan dan perjuangan ini.

Terima kasih daun keladi buat semua ahli PMRAM yang terus thabat menghadapi cabaran dan rintangan perjuangan. Hanya Allah yang akan membalasnya.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menghadapi imtihan fasal thani. Semoga kalian akan terus berjaya ke puncak gemilang dan berolah kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin. Doakanlah sahabat-sahabat ahli PMRAM sekalian agar kita meraih sebuah keunggulan demi memartabatkan Islam yang sebenar.

Hanya Allah Yang Membantu,
Badan Komunikasi dan Bahasa Arab (2006)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...