Langkau ke kandungan utama

Mazhab Pemikiran

MENJADI salasiah generasi akademik bukan sesuatu yang mudah. Malah, pertentangan - serta tanggapan di sebalik sesuatu kekadang menjadi perbualan dan perdebatan yang tiada berkesudahan.

Awal bulan lalu, seawal saya pulang ke Johor Bahru dan singgah ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai - seorang teman bersuara dalam perbualan kami, "UTM mencari orang macam kau. Menulis sahaja bahan ilmiah. Kau ada bakat menulis. Dalam setahun dua, sudah bergelar mahasiswa sarjana."

Sehingga saat saya mengarang karya ini - saya masih belum berpedoman untuk menyambung pengajian di dalam sarjana apa. Saya seolah-olah serabut dengan kekalutan dunia pekerjaan di samping ijazah sarjana muda yang tidak menserasikan diri di alam kerjaya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu ketetapannya.

Serasa-rasa tercabar, saya terpengaruh dengan pelbagai rencam penulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang menjadi tetamu mingguan di dalam Bicara Muamalat saban minggu di konti radio IKIMfm. Walau demikian, secara literal membaca karya terbaharunya berjudul "Jangan Berhenti Berlari" mengingatkan saya tentang kata-kata yang pernah dikeramatkan satu masa dahulu oleh teman-teman bahawa, "Syafiq, mahu rehat di syurga sahaja."

Argh! Tentu penyelak lembaran naskhah blog ini bergelora marah dalam sanubari. Sedari maklum, entah apa yang ditulis oleh tuan punya blog pasti menjadi persoalan! Kah...kah...kah....

Apakah aliran mazhab pemikiran saudara dan saya?

Saya bukan bicara berkenaan mazhab yang saudara anuti sekarang. Mungkin sahaja mazhab Syafie yang melazimi penduduk seluruh bumi Malaysia. Saya juga bukan orang yang ingin mentajdidkan mazhab atau mentalfiqkan mazhab tetapi mencipta mazhab pemikiran tersendiri.

Apa benda ini? Jawapannya, hanya jauhari mengenal manikam.

Saya selalu berbicara, jika kita terlalu taksub kepada mazhab Syafie yang dianuti, sebenarnya kita tidak berpijak dibumi nyata. Masakan tidak, di Malaysia sahaja - kita telah mengamalkan pelbagai aliran mazhab. (Opps maaf kerana sudah merapu)

Berbalik kepada tulisan asal iaitu mazhab pemikiran. Apabila sebut tentang mazhab pemikiran - yang mencabar saya sehingga waktu ini adalah Saudara Ishaq Hanis Ismail yang memang menjadi musuh tradisi pemikiran.

Ya, dia orang ISTAC. Pemikirannya juga mungkin sedikit 'bengkok' Hahahaha....

Persoalannya sekarang adalah....mana satu mazhab pemikiran saudara dan saya?

Tambahan :

Mahu menjamah Dr Ali Shariati dan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...