Langkau ke kandungan utama

Bercinta Dalam Rahsia

Semasa sesi latihan terakhir sebelum penyiaran rancangan kali pertama saya di dalam medium Astro pada 1 Jun 2011 yang lalu. Dari kiri, Irma Hasmie, Amin Idris, penulis dan Mahyudin Musa

ENTAH mengapa saya mahu menulis tulisan ini. Disebabkan saya fikir 2011 akan melabuhkan tirai di samping ada cerita-cerita yang boleh dijadikan panduan bersama, inilah catatan penting saya.

Berkenalan dengan Meera Edora (bukan nama sebenar)

Saya mengenali Meera Edora pada bulan Ogos 2010. Itulah sejarah yang saya masih ingat. Lokasi pertemuan kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau adalah kakak kepada salah seorang mahasiswa Al-Azhar, Mesir.

Berkenalan di dalam diam tanpa pengetahuan sesiapa. Namun, adik beliau yang menjadi perantara. Saya kerap juga ke rumah Meera Edora di Pasir Gudang kerana bertemu adik beliau yang saya anggap adik sendiri.

Dalam perjalanan panjang itu, saya berkenalan dengan emak dan ayah Meera Edora. Perkenalan itu juga dimulakan oleh adik beliau sendiri.

Masa berlalu dan waktu berganti-ganti. Entah mengapa, perhubungan kami berlaku secara sulit dan barangkali adik Meera Edora sebagai jalan tengah (macam bait Muslim...hahahahaha)

Komunikasi kami terbatas. Dan, atas sebab keripuhan saya menjalankan tugas di stesen televisyen, maka peluang berhubung terbatas.

Gadai nyawa

Satu waktu yang tidak terduga - Mesir kelam-kabut. Mahasiswa Mesir dibenarkan pulang ke Malaysia. Maka, saya dapat bertemu dengan adik beliau di Johor Bahru, malah sanggup menerima balasan dimarahi bos kerana cuti tanpa pengetahuan semata-mata mahu membawa adinda beliau ke Kuala Lumpur.

Mulai saat itu, saya gagah tidak mengambil cuti lagi sehingga hari ini. Ya! Pada saat ini cuti tahunan saya masih belum terusik ditambah cuti berdozen-dozen tidak berbalas oleh HR.

Perkara itu bukan menjadi masalah kepada saya. Dan, saya tahu saya perlu kuat bekerja. Saya biarkan sahaja....

Dan, selang beberapa hari, ditakdirkan Meera Edora mahu bertemu dengan adiknya di Kuala Lumpur. Ya. Adik beliau bersama-sama dengan saya. Akhirnya, itulah pertemuan kali pertama di Kuala Lumpur.

Disebabkan ibunda mereka saya kenali, maka tiada masalah saya menjaga anak-anak mereka di Kuala Lumpur.

Oh, dalam hujan lebat di Masjid Kampung Baru, medan itu yang mengajar saya erti sebuah pengorbanan. Malah, rasa bertanggungjawab menjaga anak-anak beliau di Kuala Lumpur termasuk Meera Edora.

Malam pertama

Malamnya - buat kali pertama saya makan bersama-sama dengan adik-beradiknya di Selayang Baru. Syukur, saya tidak pernah keluar berdua kecuali dengan mahram!

Waktu yang dilalui adalah anugerah buat saya. Hampir keseluruhan adik-beradiknya mengenali saya.

Hinggalah suatu ketika - tanpa sedar saya bermesej dengan adik beliau secara "bergurau" dengan menyatakan saya akan berkahwin tetapi bukan dengan kakak kamu.

Waktu itulah saat yang terang - pudar sepudar-pudarnya sehingga Meera Edora memang beranggapan saya mempunyai insan lain. Argh! Kesilapan komunikasi membawa padah di dalam diri saya sendiri sehingga mesej daripada ibunda beliau saya terima - malah mahukan penjelasan sedangkan saya tiada jawapan apa-apa.

Saya anggap semuanya berkecai, biarpun bercinta dalam rahsia.

Parah!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...