ENTAH mengapa saya memilih membeli buku ini. Saya tahu, jika saya beli di kedai buku PTS sendiri; saya akan mendapat diskaun lebih murah berbanding membeli di kedai pasaran.
Sedih. Itulah kalimah yang dapat diungkapkan tatkala melihat tulisan dan catatan teman saya Ustaz Rohidzir Rais yang memukadimahkan penulisan novel ini. Saya jadi tidak keruan mengenangkan Allahyarham.
Bos saya, Zainal Rashid Ahmad juga menulis tentang Allahyarham Cikgu Azizi Abdullah. Tulisan beliau tersiar di Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2011 yang lalu.
Saya salinkan sedikit :
Pulangnya seorang sasterawan rakyat
AZIZI Hj. Abdullah akan sentiasa dikenang sebagai sasterawan besar, meskipun selama hayatnya tidak menerima Anugerah Sasterawan Negara. Sejarah membuktikan, kehebatan seorang sasterawan sejati bukan terletak pada anugerah - namun sebaliknya, sejauh mana karya-karyanya mampu terus "hidup" merentas zaman ke zaman.
Azizi akan dikenang dengan susuk karyanya yang sangat merakyat - bermula dari cerpen Sisa yang disiarkan di Warta Mingguan, Pulau Pinang, Azizi terus menulis dan menulis hingga merentas 48 tahun - hingga saat pemergiannya pada 11 Ogos lalu. Azizi pernah menerima Hadiah Sako tahun 2002 anjuran Kumpulan Utusan menerusi novel Kawin Kawin selain menerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi cerpen Cermin (1990) dan cerpen Jati Diri (1995).
Baca lagi di sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm&arc=hive
(2)
Dalam manis tawa kehidupan; saya menyelak e-mel saya satu ketika dahulu. E-mel ini saya hantar kepada Allaharyam sewaktu saya berada di Mesir. Entah mengapa saya memilih untuk berkirim e-mel dengan beliau.
Assalamualaikum w.r.b
Semoga cikgu berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Bersama-sama ini saya kirimkan beberapa gambar cikgu semasa di ASWARA.
Tahniah di atas kejayaan Sangheeta di dalam MASTERA ke-5 baru-baru ini. Teruskan usaha cikgu. Kami mendoakan agar cikgu sekalian akan tetap terus menulis demi Islam.
Sedari awal, saya tidak berkesempatan berbual lanjut dengan cikgu ketika di ASWARA. Namun, insya-Allah kesempatan yang lain akan ditunaikan untuk cikgu.
Doakan saya dan kawan-kawan yang sedang bermusafir panjang di ardul-kinanah ini. (Mesir)
Wassalam
SYAFIQ ZULAKIFLI
Penulis Timur Tengah
http://typeace.blogspot.com
Selang beberapa hari, cikgu membalas e-mel saya dengan jawabnya :
Oh, hari ini saya menjamah karya terakhir beliau di dalam hayatnya...MANDALA DUNIA KEDUA.
Ulasan