Langkau ke kandungan utama

2011 : Cerita Cinta Yang Tidak Terduga

Bab Umrah memang nampak terus kaabah

Pasti siap satu telenovela jika saya mengarang apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Yang penting, pelbagai ragam yang saya tempuh. Saya berdewasa di dalam dunia penyiaran pada tahun ini. Saya tiga kali ke luar negara meneruskan tanggungjawab sebagai wartawan penyiaran TVAlhijrah.

Pertama, Singapura. Kedua, Greece dan Pulau Corfu . Ketiga, Arab Saudi (Mekah dan Madinah).

Cukup! 2011 tahun lembaran baru di dalam dunia penyiaran dibuka. Satu persatu yang dirasa. Pelbagai perjalanan hidup yang ditempuh. Yang penting saya cukup puas kerana mengenal erti penyiaran.

Namun, dari sisi berbeza tahun ini juga saya kehilangan teman-teman lama. Tahun ini juga saya kehilangan tempat pergantungan saya di dalam kampus penulisan. Malah, saya khabarkan secara rasmi bahawa hanya 1 cerpen dan 1 puisi sahaja yang terbit di dada akhbar dan majalah.

Ah! Saya cukup terasa dengan perkara tetek bengek ini. Kecewa dengan diri sendiri. Tetapi, saya fikir; sekurang-kurangnya saya sudah berjaya di dalam satu alam.

2011 juga cerita cinta yang amat panjang. Pasti - saya ulang - pasti; jika saya menghasilkan novel dan menyempurnakannya, itulah novel paling laris di pasaran antarabangsa mengalahkan Ombak Rindu yang pecah di dalam dunia tersendiri.

Cinta pada manusia. Cinta pada pencipta. Cinta pada yang Maha Esa. Usia menginjak ke-26 juga adalah sesuatu yang teristimewa kerana saya sudah separuh umur meninggalkan keluarga dan meneruskan hidup sebagai anak rantau.

Ya, saya tidak pernah lelah merasakan bahawa ini keputusan yang silap.

Saya puas kerana berkenalan dengan orang penting di negara termasuk YB Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Malah, cukup berpuas hati kerana ada teman-teman penting di dalam hidup saya mewarnai perjalanan indah ini.

Dan tahun 2011 membawa saya singgah ke kamar hospital sebanyak dua kali.

Saya tutup cerita 2011.

2012 lebih mencabar. Usia pasti semakin meningkat. Mati pasti semakin mendekat. Entah bila dijadualkan pun, tidak ketahuan.

Apa yang saya fikir; tahun ini adalah tahun saya mencabar diri meletakkan penanda aras sebuah syarikat bernama Syafiq Zulakifli Art & Consultancy. Malah, saya sudah mempersiapkan niat pelbagai untuk meninggalkan dunia kerjaya untuk meneruskan lapangan yang lebih besar.

Namun, biarlah semua bergerak secara terancang. Saya tidak akan mengatur keputusan yang menggagalkan diri sendiri. Semua berlandasan. Yang pasti, saya akan melantik petugas mulai 2012 untuk membantu saya mengendalikan sebuah syarikat kecil ini.

Dari sisi penerbitan, saya sudah mempersiapkan diri untuk menerbitkan beberapa buah buku termasuk sebuah buku yang kini sedang di dalam penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. (ada peluang kaya sekejap. hehehe)

Ramai mahu mengetahui susur perjalanan saya di bumi Mekah dan Madinah baru-baru ini. Insya-Allah, jikalau tiada halangan; saya akan menulis lagi dan dibukukan.

2012 mungkin tahun mengganas juga buat saya!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)