Langkau ke kandungan utama

Diari Pengacara 1

Hidup ini adalah sebuah ketetapan. Biar kita merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih tepat. Saya- tidak pernah mencatat jawatan pengacara di dalam apa-apa borang cita-cita sewaktu di sekolah, tetapi saya mula mengisi kekosongan itu sejak Tingkatan 2 lagi.

Tatkala suara saya bercorong di pembesar besar pada ketika itu - sebahagian guru menyatakan - suara awak macam Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Perkara ini diakui ketika saya menyertai Sayembara Mendeklamasi Puisi anjuran Perbadanan Putrajaya pada tahun 2009.

Jodoh itu kita merancang tetapi hasilnya pada 19 September 2010 yang lalu - saya diminta oleh teman saya untuk menghadiri ujibakat pengacara di TVAH.

Maka hari ini - saya sudah berada di dalam dunia pengacaraan dan penyiaran lebih kurang 5 bulan.

Apa kehebatan dunia ini?

Benar. Ramai yang tidak akan mengerti sebenarnya akan peluang dan ruang di dalam dunia ini. Lebih-lebih lagi ramai pula beranggapan pengacara adalah bukan daripada salah satu bidang kerjaya.

Tetapi bagi saya, bidang kerjaya ini sebenarnya lebih mencabar. Ia mencabar minda saya. Ia mencabar jiwa dan pemikiran saya. Pelbagai persiapan yang harus saya lakukan. Bukan setakat itu sahaja, malah kekuatan saya adalah terletak kepada usaha dan kerja keras saya di dalam melakukan sebarang tugas.

Kawan-kawan ada memberi nasihat yang amat berguna. Mereka menyatakan pengalaman sewaktu bekerja bersama Suhaimi Sulaiman di ASTRO AWANI. Semua ini saya simpan sebagai semangat pembakar diri.

Perjalanan demi perjalanan. Saya perlu kuatkan tekad. Berhadapan dengan situasi rancangan yang akan mula bersiaran pada jam 7 pagi lebih perlukan tumpuan. Isu lebih banyak. Saya perlu bersiap sedia ke arah itu.



Ulasan

Wahyu Budiwa Rendra berkata…
assalamualaikum sdr.syafiq. tahniah, semoga tekal sukses! (terima kasih, menitip pesan pertama, saat siar cerpen saya semalam.)

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)