Langkau ke kandungan utama

JEMAAH Dalam Syarikat

BARU-BARU ini saya berbual-bual dengan seorang teman yang bertugas di salah satu syarikat korporat besar di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa teman-teman sekerja selalu bertelagah sesama sendiri. Ada keputusan yang tidak dapat dicapai dengan sempurna dan pelbagai lagi karenah yang berlaku.

Duit syarikat pula dikebas kemudian Pengurus Besar syarikat beliau meninggalkan pejabat. Aduhai...pening kepala Chairman syarikat teman saya itu. Beliau pula terpaksa mengambil alih syarikat dan bekerja seperti Pengarah Urusan.

Terbaru, syarikat korporat beliau dikatakan mahu memasukkan produk yang haram dalam syarikat. Wah! Semakin parah nampaknya apabila orang agama minoriti dalam pejabat korporat yang besar.

Saya bercerita kepada beliau bahawa perkara itu tidak berlaku sama sekali di dalam PTS. PTS adalah sebuah syarikat korporat penerbitan buku di Malaysia yang mementingkan calon-calonnya dapat memahami konsep berJEMAAH.

Apabila Pengurus Besar melantik seseorang staf masuk ke dalam pejabatnya, jarang sekali calon yang bukan di dalam kalangan JEMAAH diterima masuk ke dalam PTS.

Sebab itulah, perkara-perkara yang pelik-pelik itu tidak berlaku. Terbaru, saya amat terperanjat apabila hari ini saya masuk pejabat selepas tiga hari berkursus di Janda Baik, Pahang, seorang staf wanita yang baru bertugas sekitar dua minggu lalu sudah memakai tudung.

Barangkali beliau nampak majoriti yang bekerja di syarikat kami ini adalah wanita yang bertudung orangnya. Syukur-syukur.

Moral :

Apabila melantik Pengurus Besar atau mana-mana jawatan penting dalam syarikat tuan-tuan sekalian, pilihlah mereka yang faham apa erti JEMAAH. Semua kerja dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.

Tambahan :

Pasukan JEMAAH perlu jadi pasukan majoriti dalam sesebuah syarikat yang besar.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)