Langkau ke kandungan utama

PMRAM DIMINTA JANGAN MENYUSAHKAN PELAJAR


Assalamulaikum,

Pelajar-pelajar yang dihormati lagi disayangi,

1. Secara peribadi saya selaku penasihat pelajar memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Tanta itu amat mengecewakan banyak pihak. Hal ini kerana kami datang dari jauh ke sana untuk membantu pelajar bagi memudahkan urusan mereka (urusan pengesahan/zakat dll) bukan menyusahkan.

2. Saya juga menasihatkan pelajar, jangan menyusahkan diri melakukan kerja-kerja polis dengan memeriksa kami. Saya dapati wakil PMRAM (pelajar) di Tanta tersebut ditelefon sebanyak 8 kali sewaktu berada di dalam kuliah oleh polis. Kemudian dimarahi pula selepas itu (Polis itu kerani rupanya). Saya berpendapat ini menganggu pembelajaran pelajar terbabit. Jika ibubapa pelajar tersebut tahu mungkin mereka juga tidak merestui hal itu berlaku kepada anaknya.


3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis dan kenyataan Puan Salwa (boleh rujuk padanya)dan beliau sedia dirujuk. Kaedah fiqh mengatakan ;

البينة على من ادعى واليمين على من انكرى


4. Kemudian “polisi” yang dikatakan oleh Presiden PMRAM iaitu semua pegawai Kerajaan kena rujuk PMRAM sebelum ke sesuatu tempat itu saya berpendapat adalah tidak betul dan tidak ada dalam penjanjian antara negara. Kalau betul ada, sila berikan dokumen tersebut untuk rujukan dan tindakan Kedutaan.

5. Akhir sekali, saya menasihati pelajar untuk menumpukan pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Jangan melakukan tugas yang bukan bidang tugas pelajar. Hal ini akan menghilangkan fokus kepada pelajaran. Saya yakin kalau pelajar dapat menumpukan kepada pelajaran, prestasi akademik mereka akan meningkat dengan lebih cemerlang. Salam ukhuwah dari saya.

Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan ( Akademik )

Link : http://ataseakademik.blogspot.com


Menjawab kenyataan ke-4.

1. Saya pernah mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (tahun 2009) menerangkan bahawa PMRAM sama sekali tidak pernah 'berlagak' dengan mengarahkan mana-mana pegawai kerajaan Malaysia yang ditugaskan ke Mesir untuk merujuk kepada PMRAM sebelum ke mana-mana muhafazah.

2. Kenyataan merujuk kepada PMRAM seolah-olah PMRAM secara sengaja memaksa pegawai di Mesir 'tunduk' kepada PMRAM sedangkan bukan perkara itu yang perlu dilakukan.



Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Patutlah sahabat baik saya (yang dalam foto itu) sangat baik aqidah UMNOnya. Memang berbaloi! Dapat jawatan penting sebagai imbalan....
Khairi Jalalluddin berkata…
Setelah Presiden PMRAM dipanggil mengadap 27 April 2010 (SELASA)beliau tidak dapat mengemukakan dokumen berkaitan prosedur " wajib Pegawai Kerajaan berjumpa PMRAM dahulu" baru boleh ke Muhafazah sebagaimana yang didakwa, sebaliknya banyak berdalih. Sekian terima kasih.

Puan Ainon ini tiada kaitan dengan UMNO. Akidah ana itu hak ana dengan Allah SWT. Harap Puan Ainon jaga aqidah sendiri tak pelu pertikai aqidah orang lain. Maaf.
Diharap En Khairi Jalaluddin lebih amanah dan profesional dalam memberikan fakta

1)Presiden PMRAM sendiri yang mahu berjumpa dengan En Khairi demi mempertahankan maruah Pengerusi Tanta. Bukan 'dipanggil mengadap'.

2)Dalam perjumpaan tersebut En Khairi tidak dapat mengemukakan bukti yang kukuh tuduhan terhadap Pengerusi Tanta. (Pengerusi Tanta adalah wakil kedutaan)

3)Sebagai seorang yang profesional, Presiden PMRAM TIDAK MENJAWAB isu berkenaan polisi. Sebaliknya meminta En Khairi memohon maaf secara terbuka. Bukan 'tidak dapat mengemukakan'.

4)Diharap pembaca tidak keliru dengan isu utama yang dibincangkan. ISU TUDUHAN EN KHAIRI TERHADAP PENGERUSI TANTA.

Sekian. Wassalam
Ibnu Ir Fadzil berkata…
Sila layari blog ana

http://ibnuirfadzil.blogspot.com

untuk mengetahui manusia yang bernama Khairi ini. Memang jenis putar belit cerita.
hunterjb berkata…
salam..

aduyaii.. orang yang nak jumpe dia.. dia kate dipanggil mengadap.. dah macam raja pulak leh panggil mengadap...

PMRAM bukan meminta mereka dirujuk,sekadar maklumkan, rujuk itu maknenye kene minta persetujuan, kami x suruh mintak persetujuan.. just maklumkan sahaja.. ok sekian hari bulan kami nak turun muhafazah.. so mudah pengerusi muhafazah nak bagi makluman awal pada pehak keselamatan di kawasan masing2.. kerana mereka membina hubungan dengan pehak keselamatan kawasan masing2..

kalau tanya pada pegawai2 lama mereka maklum akan perkara ini.. cume cik KJ je yang xtau..atau sengaja buat2 x tau..
Bertaubatlah berkata…
Salam...

Baiklah. Saya ini orang biasa saja. Tapi belajar di Mesir juga. Dah lima tahun dah.

Tak tahulah bila isu-isu ini mahu habis. Ditambah lagi dengan orang yang sibuk-sibuk nak panaskan isu ini, macam Ustaz Mujahid. Pening kepala! Memang niatnya nakkan pada pengislahan, tapi bukan dengan cara macam ini. Memanas-manaskan, provokasi, menimbulkan persoalan, ops, bukan persoalan tapi syak-wasangka. Daripada anta sibuk buat begitu Mujahid, baik anta habiskan kitab-kitab feqah banyak-banyak. Betul! Itu adalah lebih baik daripada anta sibuk dengan isu-isu ini.

Hakikatnya saya nak katakan pada Ustaz Syah saja sebenarnya. Begini. Sebenarnya pelik juga bila anta kata,
"Sebagai seorang yang profesional, Presiden PMRAM TIDAK MENJAWAB isu berkenaan polisi."

Pelik! Pelik!

Ianya begini.

Bila Dato' K sudah minta penjelasan itu, tunjukkan sajalah. Biar beliau puas hati dengan kenyataan itu. Tunjukkan terus hitam putihnya. Buat apa nak sorok-sorok. Ke memang tak ada kenyataannya?

Lepas itu jawab pula "Sebagai seorang yang profesional". Kalau betul profesional tunjukkan sajalah. Lagipun bukan anta nak tunjukkan pada kami - ahli-ahli biasa Pmram -, tapi pada orang yang sama taraf dengan anta. Beliau memang ada hak untuk tengok kenyataan bertulis itu. Kalau anta tak menunjukkannya, maka janganlah nak kata anta profesinal.

Kalau dengan kami - ahli-ahli biasa - anta tak mahu tunjukkan, itu baru namanya profesional.

Kemudian, lepas dah tunjukkan, barulah kita minta Dato' K minta maaf, sebab waktu itu baru beliau tahu buku dan ruas. Ternganga di depan realiti. Kalau beliau tak nak minta maaf juga, memang beliau ini kibirlah orangnya. Ini, apa yang beliau mahukan, kita tak ikutkan, kita nak juga beliau minta maaf.

Tambahan lagi anta perlu faham, beliau pemimpin, orang besar. Kedutaan. Nama pun wakil dari negara Malaysia, besar bendanya. Tiba-tiba pula bila datang ke Mesir, beliau kena duduk di bawah kita. Nak buat sesuatu hal, perlu diumumkan pada kita terlebih dahulu. Kalau anta jadi beliau, mesti juga anta akan terasa. Duduk di bawah orang yang lebih muda daripadanya.

Tolak ansurlah sikit. Ke anta pun kibir juga? Ke macamana?

Saya puji anta sebab banyak dapat habiskan banyak kitab-kitab fiqih di Mesir ini berbanding BP-BP lain yang most oh them hanya nak berjawatan saja -sedangkan kitab-kitab fiqih pun tak ada yang habis-. Tapi takkan dalam hal macam ini, anta tak mampu nak gunakan kefiqihan yang ada. Bukan ke Mesir ini tempat untuk fiqh kita jadi matang? Alamak... saya dah emosi pula. Baik saya berhenti di sini saja. Saya minta maaf. Itulah? Siapa suruh korang berpolitik. Kan terkena juga. -Tolong buka kitab Nasaih Diniah, pada Mabahis Al-Wilayat dan Al-Huquq, baca dan fahami hadith yang pertama dalam bab itu. Bukankah tajuk buku itu adalah "Nasihat-nasihat"? Jadi ambilah nasihat itu. -

Berkenaan dengan Dato' K, saya malas nak komen melainkan sedikit. Cuba faham sejarah pelajar-pelajar di Mesir ini dengan hati yang sangat terbuka dan Insya Allah langkah gerak kerja Tuan akan jadi sangatlah sistematiknya. Yakinlah! Juga jadikanlah apa yang Tuan lalui ketika menuntut ilmu dulu, apa yang Tuan kutip daripada kebaikan-kebaikanya sebagai Mizan untuk Tuan melakukan sesuatu. Bukankah Tuan orang yang mengaji agama juga? Tolonglah!

Saya minta maaf daripada semua.

P/S: Hmmm.... Harap tak ada orang yang baca Hizib Nasar pada saya, ya. :))
ahmad hisyam berkata…
- Saya beranggapan saudara mujahid 'memanas-manaskan' setelah mereka yang mulakan, boleh lihat di dalam facebook dan lain2 (kenyataan tanpa hujah yang benar). Mungkin kita akan katakan 'biarkan sahaja' kerana mereka akan mendapat dosa ataupun 'kenapa tidak berbincang sahaja dengan mereka (JPMK)'. Sebutkan cara mana yang kita tidak gunakan?. Cara diplomasi?, Debat?, Forum?, Mesyuarat?, Perjumpaan?, Marah?, dan lain2?. Saya melihat ini cara yang mereka mahukan. Kita masih tidak sampai tahap untuk saman mereka2 ini , Minta maaf saya katakan. Walaupun dengan cara ini sekalipun mereka masih lagi mengeluarkan kenyataan salah berkenaan beberapa perkara (boleh lihat jwpn balas us shah di atas sbg satu contoh).

- Mereka yang berurusan dengan pihak keselamatan lebih mengetahui berbanding mereka yang lain. Begini ana sarankan supaya saudara/ri pergi sendiri ke pejabat polis dan tanyakan perlu atau tidak Mandub Jamiyah memaklumkan kedatangan sifarah ke muhafazah-muhafazah. Jawapan akan diberikan oleh pihak keselamatan dan saya sendiri pernah bertanyakan soalan ini ketika membuat urusan visa.

- Saya tidak pernah mendengar kalam daripada PMRAM supaya JPMK / KMBK duduk di bawah kita (PMRAM). Tetapi lebih kepada supaya memberi kerjasama terbaik untuk kemaslahatan bersama. Salah ke kita katakan demikian?. Kita nak jaga JPMK/KBMK kita nak jaga juga Pihak Keselamatan dan pihak2 lain.


- Saya fikir sekiranya kita berlapang dada dan bekerjasama dalam menangani masalah tanpa menimbulkan apa2 fitnah maka tidak akan timbul isu ini. PMRAM buat kerja mereka, JPMK buat kerja mereka. Selesai masalah. Banyak persoalan lain kalau kita nak bangkitkan untuk JPMK ni. Tetapi suka saya sebutkan mereka yang bekerja dan menghadapi situasi ini sahaja yang merasai. wallahua'lam.
MuFaJaRi berkata…
Assalamualaikum,

Mohon celahan,bagi pendapat peribadi saya pulak.semua ini berpunca daripada egois yang tidak bertempat.Bukan masalah tak faham,tapi buat2 tak faham.isu makluman,kalau itu prosedurnye,ikt shjlah.bkn ssh.bt ape nak brdebat2 nak mintak htm pth la,pth htmlah.isu kck blh jd bsr.PMRAM tak prnh mintk JPMK tndk dgnnye.Klu ada,mn dia htm pth?masalahny,polis mesir dh bg qarar mcm 2,ikt jela.ush bsg2,tls dlm facebook bkn2.malukn org.bl mahasiswa bgkt,ml klm kbt.

Inilh hsl krja jk brlndskn lmbg politik yg smpit,mgkn jg hsl BTN di Malaysia lg.

Kpd phk brwjb,tlg la profesional dlm bkrja.kmi dh muak dgn kelaku kalian kt mesir ni.kerajaan byr duit utk bekerja untk mhasiswa,bkn utk 'mengerjakan' mahasiswa.

-sekian-
it's peng berkata…
PMRAM berangan jadi pegawai kedutaan kalo Pakatan Rakyat menang. Seolah-olah nak jadi pegawai kedutaan ni senang2 camtu je, kuat PMRAM skit, buat kecoh, buat fitnah skit, jadi hero mahasiswa & akhirnya jadilah pegawai kedutaan. Syabas luncai.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)