ADA ceritera di sebalik bagaimana saya membuat keputusan menyambung pengajian Master of Syariah (Management).
Niat saya satu. Saya mahu menyambung pengajian Pengurusan dan Pentadbiran. Maka, yang hadir kepada saya adalah Master of Business Administration (MBA) di dalam negara dan di luar negara.
Saya berkejar sehingga ke Universiti of Monash, Australia. Ada juga beberapa tempat dan universiti yang saya kejar.
Semuanya kerana satu perkara. Saya tiada Ijazah Sarjana Muda bahagian pentadbiran atau pengurusan. Malah, secara langsung saya tiada pelajaran asas di dalam bidang Bahasa Inggeris ketika di universiti.
Oleh hal yang demikian, saya perlu tunggu sehingga 1/2 tahun atau 1 tahun untuk mempelajari asas pengurusan dan pentadbiran di bawah MBA.
Akhirnya, Tuhan telah membuka pintu dan ruang yang luas apabila satu tawaran baru yang wujud apabila Master of Syariah (Management) ini telah diperkenalkan.
Maka, saya mengambil jalan selamat agar saya tidak membuang masa menunggu bertahun-tahun untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana (Master) di samping saya masih kekal mempraktikkan ilmu syariah.
Tetapi yang lebih utama kepada saya adalah bidang pentadbiran dan pengurusan (management) yang ingin saya kuasai.
Oleh sebab pada hari ini, kebanyakkan CEO syarikat-syarikat besar bukan daripada kalangan orang-orang syariah. Mengapa tidak perkara itu diisi?
Pada hemat saya, kita perlu ajar pekerja-pekerja kita mempraktikkan ilmu Al-Quran dan Hadis di dalam kerja kita.

Ulasan
Semoga kejayaan mengiringi perjalanan..
Melahirkan CEO Muslim yang disegani...
Amin Ya Rabb...