MOHON maaf kepada mereka yang menganggap saya terlalu taksub dengan Faisal Tehrani. Saya adalah penggemar karya-karya beliau dan saya memaksa diri untuk menjejaki nilai moral yang besar yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau berusaha untuk menjadi penulis di dalam bidang agama yang terbaik pada hari ini di dalam bidang sastera.
Beliau adalah seorang pengarang muda yang kini berada di pentas kesusasteraan Melayu negara. Beliau adalah seorang tokoh.
Saya mendapatkan sebuah naskhah kumpulan puisi Faisal Tehrani yang berjudul 'Ingin Jadi Nasrallah'. Tajuk yang sama pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) di dalam kategori cerpen.
Saya mahu mencerap dunia puisi Faisal Tehrani yang amat berkesan ini. Barangkali ia serba sedikit memberikan inspirasi saya mengarang puisi-puisi untuk Tuhan dan hamba pada masa mendatang.
Faisal seorang pengarang agama yang baik. Penulis karya humor dan satira yang baik juga.
Di dalam buku ini bukan sahaja karya yang ingin dihadamkan tetapi koleksi gambar peribadi FT yang amat mempersonakan sebagai pengikut setia perkembangan penulis muda ini.
Ulasan