Langkau ke kandungan utama

IMAM MUDA : Rancangan Realiti Terbaru

Siapa kenal dengan insan ini sila angkat tangan...

Apabila Pelajar Qiraat, Al-Azhar sendiri sertai, maka harapan budak-budak setahun jagung musnah...


ASTRO OASIS (106) akan menyiarkan rancangan realiti terbaru iaitu IMAM MUDA. Program ini adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu di dalam dunia imam yang pastinya akan menggegarkan negara Malaysia.

Siapakah imam yang sebenar dan layak diberikan gelaran itu? Semuanya akan disaksikan sepanjang pengembaraan mencari IMAM MUDA.

Pemenang akan menerima hadiah-hadiah yang bernilai daripada pihak ASTRO OASIS.

Persoalannya, siapakah bakal menjulang trofi IMAM MUDA?

Semuanya akan dinantikan tidak lama lagi...


Ulasan

Pena Daie berkata…
Kalau saya berada di Malaysia saat ini, saya pun akan sertai. Walaupun saya bukan saingan kepada Ust Abd Alim Zakaria. Suara dia memang sedap. Bekas vokalis kumpulan nasyid. Kalau dia layak masuk, saya rasa dia akan jadi juara. Kenapa Ust Syafiq tak masuk ujibakat?
Tarbus Merah berkata…
Saya tidak layak jadi Imam Muda... :)
tu yg sy x puas hati...mane aci gitu..abg alim ajak juge sy masuk, tapi sy terpakse cancelkan..sbb beliau dah masuk..huhu

yg jujur,
abdullah haris zakaria,
adinda beliau,
sesi dulu, kini, & selamanye...
Puan Ainon Mohd. berkata…
Ada beberapa perkara tidak patut dikomersialkan.....
HisYamZahRa' berkata…
Faktor suara dan lagu bukanlah utama. Menjadikan IMAM itu komersial, adakah ada imam tidak komersial? Program ini, di samping kesan positifnya, boleh membawa masuk akar negatif dan bersarung dengan kulit yang molek zahirnya...

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)