Langkau ke kandungan utama

Pertemuan Dengan Orang Filem Dan Drama



IZINKAN SAYA memperkenalkan dua orang di atas. Lelaki yang berpakaian putih itu adalah Tuan Frank Lewis yang merupakan Executive Producer bagi Filmscape Sdn Bhd. Manakala wanita di kanan gambar ini adalah Cik Siti Marzuliana Marzuki seorang Line Producer di syarikat yang sama.

Kami berbincang berkenaan hal ehwal drama NUR KASIH yang meletup-letup di TV3. Dikhabarkan bahawa filem Nur Kasih akan memulakan pengambarannya pada bulan April dan Mei nanti.

Ada tujuan besar sebenarnya saya bertemu dengan orang penting ini. Pastinya hal ehwal buku dan filem.

Seperti yang saya maklumkan dalam entri yang lalu, pastinya kesinambungan di antara kedua-dua belah pihak penting agar semua perkara yang akan berlaku tidak mendatangkan masalah.

Tambahan :

1. Saya pernah berbincang dengan beberapa orang penulis berkenaan dua dunia penulis iaitu penulis skrip dan penulis novel. Bagaimana kehidupan mereka?

2. Penulis skrip akan dibayar sekali sahaja. Contohnya apabila satu manuskrip drama dihasilkan maka sejumlah wang dibayar misalnya RM 5,000-RM 8,000. Jika bersiri maka lebih tebal kocek kita.

3. Penulis novel akan dibayar secara royalti. Kemungkinan novel yang sama akan dapat royalti yang berpuluh-puluh ribu ringgit.

4. Justeru, menulis skrip akan dibayar segera dan menulis novel akan dibayar mengikut kadar jualan buku.

5. Saya tidak ada masalah jikalau seorang penulis ingin menulis kedua-dua genre ini. Yang penting wang!


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Wah! Semakin lebar network tuan....

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...