Langkau ke kandungan utama

Penggunaan Nama Allah Menurut Pengkaji Bahasa


HAMPIR seminggu isu keputusan mahkamah membuat keputusan terhadap penerbitan sebuah akhbar Herald - The Catholic Weekly diperbahaskan oleh semua pihak.

Apabila hakim mengumumkan tidak menjadi masalah apabila menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald, kelam-kabut 1Malaysia.

Saya ingin membahaskan perkara tersebut dalam sudut dan pandangan pengkaji bahasa.

Di dalam bahasa Melayu, biasanya pelajaran yang pertama kita pelajari adalah kata nama am dan kata nama khas.

Jika kita mengatakan batu, maka terfikir kepada kita bahawa batu itu satu nama yang umum. Tetapi apabila kita menyandarkan kepada Batu Caves, barangkali ia bukan lagi satu nama yang umum malah telah menyandarkan bahawa Batu Caves itu adalah khusus dan tentunya hanya yang layak diberikan gelaran Batu Caves adalah sekitar kawasan Batu Caves.

Begitu juga jika kita mengatakan kereta. Kereta adalah satu benda umum dan boleh sahaja kita mengatakan bahawa kereta A, kereta B dan sebagainya. Tetapi apabila kita mengatakan bahawa kereta Proton Persona, kereta Perodua VIVA, maka tentunya ia disandarkan kepada jenis kereta tersebut.

Di dalam isu kalimah Allah yang dibahaskan, kalimah atau perkataan Allah adalah satu nama yang Khas yang hanya layak bagi-Nya. Tidak boleh dikongsi oleh sesiapa pun.

Contoh begini. Nama saya Syafiq. Syafiq maknanya penyayang. Bolehkah teman-teman memanggil saya dengan nama Penyayang? Pelik bukan? Ataupun, saya akan mengatakan saudara 'gila' kerana memanggil saya dengan nama Penyayang.

Tuhan itu umum. Tetapi, Allah itu khusus bagi-Nya. Tiada siapa yang layak menggunakan namanya selain Dia Yang Maha Berkuasa.

Nama Khas tidak boleh dikongsi-kongsi. Hanya digunakan untuk Dia sahaja. Oleh hal yang demikian, permainan senda gurau Yahudi ini hanya untuk memporak-perandakan Islam sahaja dan mencabar kreadibiliti agama Islam di muka bumi ini.

Tambahan :

1. Saya mengambil masa seminggu membuat kesimpulan daripada isu ini malah terpaksa berfikir menurut pandangan seorang pengkaji bahasa. Oleh kerana bahasa Melayu ini pelbagai rencam dan maknanya, saya perlu mengajar perkara yang tepat.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Ini adalah dilema Bahasa Melayu. Setuju salah, tidak setuju pun salah.

Kita mahukan supaya Bahasa Melayu menjadi bahasa nasional dan bahasa internasional.

Kita mahu kaum-kaum lain menerima, menggunakan dan mencintai Bahasa Melayu.

Kita mahu Bahasa Melayu digunakan dalam semua sektor.

Pada masa yang sama kita tidak mengizinkan kaum-kaum lain menggunakan menggunakan Bahasa Melayu dalam gereja, kuil dan tokong mereka.

Dilema.... Dilema....
Unknown berkata…
saya sangat teruja dengan posting kali ini (walau tak semestinya saya setuju 100%). Sebenarnya sangat tertunggu-tunggu perspektif bahasa berkaitan isu ini. DBP sepatutnya boleh bersuara.
IshaQHaniS berkata…
sekadar berbual kosong,

perkataan 'Allah' diambil dari bahasa arab, bukan asal bahasa melayu.

seperti perkataan2 lain, pastinya kalimah 'Allah' itu diberikan takrifan yang selayaknya oleh kamus dewan.

oleh itu perkataan 'Allah' dalam bahasa melayu mempunyai pemahamannya yang tersendiri, berbeza intinya, dan harus diasingkan pengertiannya dengan perkataan 'Allah' dlm bahasa arab.

ini kaedah yang harus diterima oleh umum.

maka tidak menjadi isu lagi untuk mengaitkan perkataan 'Allah' yang digunakan oleh orang2 di timur tengah dengan orang malaysia.

lama dah tak menulis... huhu

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)