Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.
Ulasan
Syafiq, harus menelaah keseluruhan pemikiran sebelum boleh menilai...
Baca keseluruhan blog/komen-komen di blog sejak kepulangannya dari Mekah, serta karya-karya terkini, misalnya, yang membid'ahkan bubur istimewa sunni pada Hari 'Asyura dan sebagainya... Baru fikirkan dan nilai lagi... Sebuah cerpen tidak menampung keseluruhan pemikiran sebenar.
Hanya cadangan pengekor lama karya.
Wassalam.
kak S.K
Tuan Sofwah, bukankah orang Mukmin itu bersaudara?
Mengapa perlu bersengketa.
Wah,Sofwah diam2 menjadi pengekor ya.
Rasanya saya lebih lama mengekorinya.
:-)
Ada orang percaya dia paling pandai menelaah kerana kononnya dia pengekor tetap dan setia.
Itulah punca saya menjauhkan diri, kerana dia 'percaya kepada dirinya sahaja'. Untuk orang seperti ini, tempatnya ialah 'berkhayal dengan diri sendiri' buat selama-lamanya.
Wassalam.
P.S: Terimakasih kerana menjadi penerima yang baik