Langkau ke kandungan utama

Surat Kepada Pegawai


Surat ini adalah surat jawapan balas kepada Pegawai Atase Pendidikan (Pentadbiran dan Kewangan), Encik Zulkifli bin Din yang telah melambatkan proses terjemahan sijil saya.

Sijil terjemahan yang sepatutnya ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah atau wakilnya dengan sengaja diperpanjangkan isunya oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia sendiri.

Emel yang dialamatkan kepada saya melalui emel abu_afif2004@yahoo.com pada 23 Disember 2009 lalu adalah seperti berikut :

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

Saudara Syafiq bin Zulakifli.

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami.

Dukacita dimaklumkan, urusan yang dilakukan oleh wakil saudara, Sufiyan Sauffi bin Nawawi tidak dapat dilakukan buat masa ini.

Jabatan ini memohon supaya saudara dapat:
1. Membuat surat permohonan rasmi kepada Pengarah JPMK.
2. Menyatakan maksud ayat dalam blog saudara bertarikh 21 Oktober 2009 (Rabu) bertajuk PMRAM Perlu Ucapkan Terima Kasih Kepada JPMK: "Allah hantar JPMK kat Mesir sebagai ujian kita".

Sekian terima kasih.

Oleh sebab isu ini diperpanjangkan oleh JPMK sendiri terutama pegawainya Encik Zulkifli bin Din, saya juga akan panjangkan perkara ini kepada pentadbiran kerajaan.

Sebagai kakitangan kerajaan yang dihantar ke Mesir sebagai wakil rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, sepatutnya urusan dan prosuder hendaklah dijalankan secara profesional.

*****

Assalamualaikum w.r.b.

Kepada
Prof Madya Dr Jamil Hashim
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
(u.p. Encik Zulkifli bin Din)

Tuan,

KECEWA DENGAN SIKAP PEGAWAI JPMK

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa saya SYAFIQ BIN ZULAKIFLI kecewa dengan sikap pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang sengaja melambatkan proses terjemahan sijil peperiksaan Universiti Al-Azhar, Mesir.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa urusan tersebut sengaja dilambatkan oleh pihak Jabatan Tuan dan menunjukkan sikap tidak profesional pegawai Tuan sebagai pegawai kerajaan di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

3. Saya juga melahirkan rasa kekecewaan dan kesal terhadap beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan ini yang sengaja membangkitkan rasa marah mahasiswa terhadap segala urusan mahasiswa yang cenderung tidak menyokong pihak Jabatan ini.

Semoga mendapat perhatian yang berat daripada pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(SYAFIQ BIN ZULAKIFLI)

s.k.

Yang Berhormat Dato' Saifuddin bin Abdullah,
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim,
Ketua Pembangkang,
Parlimen Malaysia merangkap
Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Encik Muhammad Hazam bin Hajanan
Setiausaha
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

umum.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Rakyat didahulukan....
Payah betul dapat pegawai-pegawai yang tak tahu tugas mereka secara profesional. Boleh curi kain rentang, boleh tipu sana tipu sini.. Agak2 kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang, diorang ni ada lagi ke kat mesir ni?
Aneh.
Ibnu Ali berkata…
memang aneh...
zul berkata…
terima kasih Syafiq. Semoga Allah memberi hidaya kepada kamu. إن الله غفور رحيم. أللهم افتح لك فإنك فاتح. إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وما توفيقي إلا بالله عليه توكلت وإليه أنيب.
Tarbus Merah berkata…
Encik Zulkifli yang budiman,

Saya memohon maaf sekiranya saya terlalu berkasar. Oleh kerana bukan saya seorang yang menerima nasib ini, saya perlu bersuara membela nasib mahasiswa yang terpinggir.

Percayalah bahawa saya tidak pernah meletakkan sengketa dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jikalau sikap pegawai JPMK boleh diubah, pasti semuanya akan berjalan dengan baik dan harmoni.

Mohon maaf sekali lagi.
Ibnu Ali berkata…
Semoga Allah memberi hidayah juga kepada Cik Zul...
Hadi berkata…
semoga kita semua tergolong dikalangan mereka yang mendapat hidayah dan rahmat Allah :)
Hadi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...