Menerima Amanah

SAYA disua dengan sepucuk surat lantikan semalam. Bertanda tangan seorang Setiausaha. Sebuah taklifan. Barangkali menerima taklifan adalah amanah yang amat berat.

Saya risau jikalau amanah ini tidak mampu digalas dengan sebaiknya. Amanah ini juga berterusan bermula hari ini sehingga tahun 2011 nanti. Sekitar dua tahun. Apa daya saya selama dua tahun ini untuk merancang selaku Ketua Lajnah Penerangan.

Moga-moga Allah membantu setiap amal kebaikan yang saya pikul ini. Hanya inilah tenaga yang ada pada saya. Dalam keripuhan meladeni tugas hakiki, ada pula datang silih berganti amanah sebagai seorang khalifah perjuangan Islam.

Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Kat area mana ditaklifkan?
Puan Ainon Mohd. berkata…
Wah! Cepat betul tuan dikenalpasti sebagai bakal pemimpin penting. Dahsyat!.....
Tarbus Merah berkata…
Ibnu Ali

Saya ditugaskan sebagai Ketua Lajnah Penerangan di kawasan Gombak.

Kawasan YB Hassan Ali

Catatan Popular