Langkau ke kandungan utama

Drama Nur Kasih Berdasarkan Teknik Surah Yusof

Tuan Nazri M Annuar memaklumkan bahawa drama Nur Kasih di TV3 mengikut rentak Teknik Surah Yusof sehingga drama tersebut dilabel sebagai drama terbaik di TV3 sepanjang tahun 2009.

Di antara ciri-ciri yang mesti ada dalam teknik Surah Yusof adalah watak utama hendaklah ideal. Ideal bermaksud sifat dan ciri peribadi kebaikannya banyak. Dalam drama ini, Nur Amina yang menjadi pemain utama merupakan seorang yang penyabar apabila menerima pelbagai dugaan dan ujian.

Nur Amina menimpa ujian lebih daripada dua kali. Selain itu watak jahat tidak dihukum sebaliknya berubah sendiri ke arah lebih baik. Dalam drama ini, watak Sarah tidak boleh dianggap watak jahat tetapi Sarah hanya boleh dilabelkan sebagai antagonis.

Apa juga tafsiran kita, yang paling utama drama Nur Kasih melalui beberapa kaedah yang boleh dianggap bersandarkan teknik Surah Yusof.

Tahniah.

Ulasan

Syeikh...tumpang tanya...apa beza "watak jahat" dan "watak antagonis"?
Tq
Tarbus Merah berkata…
Tuan Shahrizal Nasir,

Watak antagonis tidak semestinya jahat kerana watak antagonis adalah watak yang berlawanan dengan watak protagonis.

Maksudnya dalam drama Nur Kasih, Nur sebagai watak protagonis sementara Aidil, Adam memegang watak antagonis.

Sekian.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Menarik....

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)