Langkau ke kandungan utama

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008


MALAM ini saya bersama-sama orang besar PTS ke majlis Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008. Walaupun kami selaku penerbit tidak memenangi sebarang anugerah, tetapi kami menang anugerah 'kecoh' dalam majlis.

Oleh kerana PTS mengamalkan perhubungan sihat sesama staf, saya yang paling muda dalam kelompok kumpulan PTS terasa orang besar.

Bersama-sama saya malam ini adalah Encik Arief Hakim Sani Rahmat (CEO PTS), Encik Fauzul Naim Ishak (Pengurus Besar Editorial), Puan Nurulhilyati (Jabatan Latihan PTS), Puan Nor Hazizam, Encik Zaharin, Encik Nazrul, Encik Faris Hasbullah, Encik Shakir dan Cik Faraliza.

Barangkali menghadiri majlis anugerah kali pertama ini memperkenalkan kami betapa buku bukan dinilai dari sudut popularitinya tetapi dari sudut kualiti akademiknya.

Keputusan anugerah seperti berikut :

1. Anugerah Buku Kanak-kanak (Bergambar)
Hidup Bekerjasama oleh Norashikin Hashim, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (2006)

2. Anugerah Buku Kanak-kanak (Fiksyen)
Sahabat baru oleh Azwani Ghani, MEP Education Consult Sdn Bhd (2006)

3. Anugerah Buku Kanak-kanak (Bukan Fiksyen)
(tiada pemenang)

4. Anugerah Buku Remaja (Fiksyen)
Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani, Dewan Bahasa dan Pustaka (2008)

5. Anugerah Buku Remaja (Bukan Fiksyen)
Ensiklopedia Untuk Anak-anak Muslim, E-Media Publicatin Sdn Bhd (2007)

6. Anugerah Buku Dewasa (Fiksyen)
Setaman Pantun Kenangan oleh Abdul Halim R, Penerbit Universiti Sains Malaysia

7. Anugerah Buku Dewasa (Bukan Fiksyen)
Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2006)

8. Anugerah Buku Terjemahan
Buku Panduan Diplomatik diterjemah oleh Radziah Abdul Rahim, ITNM & Penerbit UUM (2007)

9. Anugerah Buku Ilmiah
Bahasa dan Kepimpinan: Analisis Wacana Mahathir Mohamad oleh Idris Aman, Penerbit UKM (2007)


Berikut pula pemenang Kategori Hadiah Khas yang menerima wang tunai RM3,000 dan sijil:

10. Ilustrator Terbaik
Ensiklopedia Untuk Anak-anak Muslim, E-Media Publicatin Sdn Bhd (2007)

11. Pereka Bentuk Terbaik
Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2006)

12. Editor Terbaik
Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2006)


Penerima Anugerah Buku Terbaik (“Hadiah Tinta Perdana”) yang menerima wang tunai RM8,000 dan sijil:

13. Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2006)

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Datuk Haji Kamaruzaman bin Haji Mohd Noor, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 22 Disember 2009 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Yang penting buku mesti laku keras, barulah kandungannya sampai kepada sebanyak-banyak pembaca, maka dengan demikian perolehannya tinggi, pahala pun banyak...

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)