Langkau ke kandungan utama

Persuratan Baru Dalam 'Sebuah Rahsia Merdeka'

DALAM karya saya yang berjudul Sebuah Rahsia Merdeka, barangkali teori Mohd Afandi Hassan melalui Gagasan Persuratan Baru telah dipamerkan.

Apabila berbicara berkenaan persuratan baru, nilai wacana merangkumi 80% berbanding 20% adalah nilai cerita.

Lihat contoh di bawah :

Aku ketawa kecil. Pernah jua aku, terpijak jubah labuh seorang wanita arab di sini. Bukan disengajakan. Koyak sedikit. Sejujurnya, aku lihat wanita itu memang sedikit berang, tetapi demi meredakan keadaan, aku minta maaf di atas perkara yang telah terjadi. Orang-orang Mesir bukannya semua yang berang dan masam mencuka. Walaupun kebanyakannya sebegitu, tetapi ada yang lebih lembut daripada orang-orang Malaysia.

Jiwaku lega seketika. Tiada langsung maki hamun yang dituturkan padaku. Mungkin, wanita arab tadi melazimi firman Allah Taala dalam surah al-Nahl ayat 126 : Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang bersabar. Bukankah sabar itu sifat mulia?

Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali. Itulah ungkapan yang sering didengar saban hari, namun manusia selalu kecundang di sebaliknya. Rasulullah s.a.w. amat menekankan erti sabar dalam hidup. Baginda telah membuktikan bahawa kejayaan baginda adalah berbekalkan kesabaran yang kuat sehingga golongan kafir Quraish menerima Islam kerana terpikat dengan kelembutan dan kesabaran baginda.

Hal ini pernah dibuktikan di dalam sejarah perjuangan baginda dan kisah-kisah yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah sendiri. Satu ketika, sebelum memeluk Islam Zaid bin Sa’amah telah datang menagih hutang kepada Rasulullah secara kasar iaitu dengan memegang bahu dan menarik baju Rasulullah serta meluahkan kata-kata, “Kamu bani Abdul Mutalib yang sukar membayar hutang”, lantas Zaid diherdik oleh Saidina Omar dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar. Rasulullah tersenyum kemudian berkata, “Antara aku dan Zaid bukanlah cara begini kau lakukan wahai Omar. Sepatutnya kamu menyuruh aku supaya menjelaskan hutang dengan baik dan kamu menasihati Zaid supaya menerima penjelasan hutang dengan baik,” kemudian Rasulullah menjelaskan keadaan sebenar dengan katanya, “Sesungguhnya baki dari hutang itu tiga cupak lagi”, lalu Rasulullah menyuruh Omar membayar dan diganda selain dari hutang itu dua puluh cupak lagi.

Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa Zaid serta menjadi impian untuk mendekati Rasulullah. Akhirnya, peristiwa itu membawa dorongan kepada Zaid untuk memeluk agama Islam. Kisah ini aku simpan elok-elok di dalam memori sendiri. Sekurang-kurangnya aku mengerti erti sabar dalam hidup.

Petikan cerpen Sebuah Rahsia Merdeka karya Syafiq Zulakifli.

Apabila memperkatakan soal persuratan baru, ramai pengkritik-kritik sastera amat tidak bersetuju dengan teori yang diperkenalkan oleh Mohd Affandi Hassan. Ini kerana, teori tersebut hanya mementingkan nilai wacana dan ilmu semata-mata tanpa memperdulikan jalan cerita yang mengangkat aspek ketekunan di dalam karya sastera.

Justeru, apa juga pemahaman kita terhadap teori sastera ini, percayalah bahawa selagi sastera dan cerita itu bersifat hasanah dan membawa kebaikan, mengapa kita tidak menjadi pengarang hasanah? Usah bertikam lidah mengatakan teori-teori kita sahaja yang betul dan tepat!


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Syafiq,

Perihal pentingnya 'cerita' banyak tergambar dalam ayat-ayat Quran. Dalam hadith juga terdapat banyak cerita.

Jikalau ada teori sastera yang mengatakan 'cerita' bukan unsur penting, saya ingin tahu berdasarkan nas yang mana prinsip itu dikemukakan.
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon,

Cerita memang memberi kelebihan kepada sesebuah fiksyen itu bergerak.

Saya juga menyokong usaha sastera Islam yang mengambil contoh Al-Quran sebagai pilihannya.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...