Langkau ke kandungan utama

Mencari Kerja Kosong

SAYA ingin berbicara isu seputar dunia mencari kerja untuk graduan. Selepas pelbagai talian saya terima sehingga ada yang minta kerja sini dan sana tetapi masih belum ada rezeki, saya fikir saya perlu berkongsi sesuatu.

Saudara teman-teman yang budiman,

Kalian tidak boleh samakan apa yang ada pada saya dengan apa yang ada pada saudara. Sepatutnya, selepas tamat belajar (lebih kurang sebulan) sahaja, saudara perlu mencari kerja. Fikir saya, jika kalian lebih dari sebulan tidak mendapat kerja sebenarnya kalian 'memilih kerja'.

Oleh kerana isu kerjaya ini amat sensitif dan takut-takut tulisan saya ini bersifat ambitious, saya hanya memberikan panduan sahaja.

Kalian tidak perlu bersusah payah membeli buku panduan mencari kerja. Panduan ini juga saya perlu sampaikan kepada teman-teman yang masih belajar dan akan bekerjaya setahun atau dua tahun dari sekarang.

Pertama : Kategori Mereka Yang Sudah Tamat Belajar

1. Berkomunikasi dengan orang lain

Apabila saudara sudah tamat belajar, jumpa atau carilah teman-teman lama atau individu yang saudara amat kenali. Jualkan apa yang ada pada saudara. Jika saudara baru pulang dari Al-Azhar, beritahu mereka, 'saya sudah tamat belajar.'

Peluang berkomunikasi dengan orang lain boleh memberikan peluang kepada kita untuk meluahkan dan memberitahu bahawa kita masih lagi tidak ada kerja dan perlu mendapatkan kerja secepat mungkin.

2. Libatkan diri dengan program masyarakat

Apabila saudara sudah tamat belajar, saudara turun ke program-program khidmat masyarakat. Saudara berhubung dan menjalinkan hubungan di antara satu sama lain. Bertemu dan saling bertukar pandangan. Usah hanya duduk membatu dan membisu. Keluar dari rumah yang saudara sudah puas duduk berehat.

Saudara perlu fikir di luar kotak bahawa dengan melibatkan diri dengan program masyarakat sebenarnya saudara telah mendapat lebih dari 10 orang rakan baru dan pekerjaan baru sebenarnya.

3. Ketuk mana-mana pintu

Fikirlah secara positif bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Saudara jangan ketuk pintu kerajaan dahulu kerana pastinya panggilan untuk berkhidmat dengan kerajaan mengambil masa dan tempoh yang lama. Proses panggilan temuduga pegawai kerajaan perlu melalui satu litar pusingan.

Tahukah saudara bahawa panggilan untuk j-Qaf sudah ditutup kerana lambakan sedang berlaku?

Saudara pergilah ke mana-mana syarikat swasta yang sedang mempamerkan jawatan kosong dan masuk ke ruang yang masih luas terbuka.

Kedua : Mereka Yang Masih Belajar Dan Akan Bekerja

Nantikan sambungan...

Ulasan

il@pril berkata…
assalamualaikum...sekarang ni memang susah nak cari kerja. tapi yang penting jangan putus asa. insyaallah ada rezeki tu nnt. allah pun xsuka umatnya yang cepat putus asa. contoh diri sy ni. dah setahun kerja jawatan sambilan n sampai sekarang xda lagi jawatan tetap. tp sy bersyukur sekurang-kurangnya sy dh bekerja. kedua pikiran mesti positif. teruskan mencari jangan putus asa, motivasikan diri sendiri dan berusaha ke arah yang ingin ditujui. xkira apa jua jawatan yang kita dapat jadikan ia sesuatu ilmu baru, pengalaman baru dan perkara yang baru dalam hidup (terutama kepada bidang yang berlainan dengan yang kita belajar..cth sy juga lain bidang he2)

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)