Langkau ke kandungan utama

Hal Ehwal Sastera

Inilah wajah manis Saudari Ummu Hani Abu Hassan. Beliau anak Cikgu Abu Hassan Morad yang merupakan CEO Syarikat Penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Kak Ummu juga merupakan penulis novel dan penulis skrip drama. Drama beliau yang akan ditayangkan nanti adalah Nurul Iman. Drama ini bakal meletup sebagaimana drama bersiri Nur Kasih di TV3 kerana drama ini melalui penggambarannya di Syria.

Moga-moga dengan ikatan persaudaraan ini, pelbagai projek yang boleh diusahakan bersama.

***
SAYA perlu berkongsi rasa pada pembaca saya yang budiman.

DALAM pertemuan saya bersama dengan penyair dan penulis dari Singapura, kami sama-sama berbincang tentang sastera Islam pada hari ini. Isu teori sastera yang bermacam-macam sehingga memeningkan kepala pengarang.

Petang pula, saya berkongsi akal dengan Kak Ummu Hani dan Abang Lutfi Ishak tentang sastera Islam dan bagaimana sastera Islam ini diterjemahkan. Banyak pro-kontra yang dibualkan bersama. Abang Lutfi berhasrat akan membawa pentadbiran PENA 2010 dengan program wacana bulanan yang membincangkan hal ehwal sastera. Jika hari ini rancangan HUJAH di TV9 mendapat tempat, mengapa tidak isu dan hal ehwal sastera dibincangkan dengan lumat.

Kemudian, kita akan menjemput wartawan dan media untuk membuat liputan program kita yang pastinya akan panas itu. Rupa-rupanya politik sastera ini lebih hebat daripada politik tanah air.

Sebelah malam, saya telah berbual-bual dengan penulis dari Malaysia yang mengarang sastera sains. Oleh kerana saya editor di dalam kepakaran itu, saya sempat menjadi jurupandu membuka sesi perbincangan.

Aduhai! Kecilnya dunia ini. Rupa-rupanya ada sebuah syarikat penerbitan yang sudah membuat kezaliman pada penulis. Karya yang dihantar kepada syarikat penerbitan itu rupa-rupanya karya yang sedang diuruskan oleh saya juga!

Cerita lanjut saya akan maklumkan bersama pentadbiran PTS nanti.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Suspens!....
rahmahmokhtaruddin berkata…
menanti laporan penuh :D

Catatan popular daripada blog ini

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)