Langkau ke kandungan utama

Apa Yang Saya Mahukan Sebagai Seorang Penulis?

SAYA fikir wajar saya maklumkan apa yang tersirat di dasar hati. Sekurang-kurangnya mereka yang tidak sehaluan dengan saya mempertimbangkan apa yang ingin dilontarkan.

Mengapa susah-susah saya jadi penulis? Mengapa saya berpeluh-peluh untuk mengarang walaupun dalam keadaan seksa?

Saya ada jawapan tersendiri.

1.Jikalau ada hasil mahsul (tulisan) yang saya hasilkan boleh mendatangkan marah, maafkan saya.

2.Ada tujuan dan matlamat mengapa saya harus bersuara. Mengapa saya harus membawa suara ini di tengah-tengah arus gelombang yang masih belum berakhir. Saya tidak pasti, bilakah PMRAM hanya dijadikan agen dihina dan dicaci oleh kerajaan.

3.Saya pernah duduk semeja dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Mansurah pada tahun 2008. Kecewanya rasa hati di hadapan ratusan mahasiswa saya diherdik sebegitu sahaja.

4.PMRAM diletakkan di bawah telapak kaki mereka sahaja.

5.Menyucikan jiwa-jiwa yang amat benci pada PMRAM adalah sesuatu proses yang masih tidak akan berakhir.

6.Apakah kerajaan hanya menjadikan alasan PENDAFTARAN sebagai batu penghalang kepada sebuah persaudaraan?

7.Oleh hal yang demikian, selagi PMRAM hanya dianak-tirikan, selagi itulah saya akan bersuara. Saya akan mengarang hal ehwal keduniaan PMRAM.

8.Saya amat benci, dalam pertemuan-pertemuan rasmi, kedua-dua pihak (PMRAM-JPMK) beramah mesra. Tetapi di belakang pertemuan, caci maki yang wujud.

9.Oleh hal yang demikian, tidak ada sebab saya bersuara sehingga (pada hari ini) saya tidak ada kena-mengena lagi dengan PMRAM.

10.Tetapi, saya berfikir jika bukan saya yang ingin membawa isu PMRAM ini, siapalah lagi yang boleh diharapkan.

11.Jawapan Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen sudah menunjukkan beliau amat membenci dengan PMRAM (melabel pelajar persendirian).


Ulasan

Ezo berkata…
memang budak Mesir rata-rata budak persendirian "yang bermasalah!"...nak bantu ? oooohhhhh umpama menyelamatkan anjing yang tersepit.

maaf,macam kasarkan? yer...sikap anjing nih menyalak tak tentu arahkan? lagi-lagi dekat "musuh".

Kalau begini gaya budak2 PMRAM...kalau betul PMRAM mewakili budak2 Mesir,memang selagi tulah "wajar" jadi "pelajar persendirian".

Cukuplah cakap soal PMRAM nih...ko kat Malaysia tuh...tengok Dr Asri,bukan org AL AZHAR,tapi jauh dihormati....sebab apa...ILMU yang dibawa....puisi? Sajak? bukankah Dr Asri pun berbakat begitu? Penulisan beliau diblog atau lama web peribadi tapi di dada akhbar!!!!

Bukan taksub.Menyokong pun bukan sangatlah...fikir2...kita bawa nama GRADUAN....SAPA agaknya kat MALAYSIA yang setanding penampilannya dengan Dr Asri di Malaysia??? NASARUDDIN TANTAWI...POLITIK SEMPIT adalah...
Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Syafiq,

Hati tuan sungguh kental dan semangat tuan sungguh liat. Itulah 2 perkara yang akan menjadi bekalan dalam perjuangan menegakkan kebenaran....
Sekadar mengikuti kisah.

Moga tabah dan sabar dalam perjuangan itu.

Pedulikan kata manusia, Yakinlah Allah bersama di setiap ketika.

Yang haq pasti menang.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)