Langkau ke kandungan utama

Mengapa Teknik Penulisan Novel Surah Yusof Tidak Diteorikan?

Gambar disalin dari blog Puan Ainon (http://universitipts.com)

SEMALAM saya menghadiri teknik penulisan novel berdasarkan Surah Yusof. Sebagai seorang penganut beragama Islam, kita percaya bahawa Al-Quran adalah sumber rujukan yang paling tertinggi. Ini diikuti oleh hadis, ijma' ulama (pandangan ulama) dan qias sebagai perundangan Islam yang seterusnya selepas Al-Quran.

Puan Ainon Mohd selaku pembimbing bengkel ini memberikan input asas bagaimana penghasilan sesuatu novel menggunakan teknik ini dapat dihasilkan.

Baru-baru ini, Dr Kamariah Kamarudin, seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia telah menghasilkan kertas kerja disertasinya yang berjudul Teori Takmilah (kesempurnaan). Teori ini juga adalah teori sastera Islam.

Dalam dunia sastera, perkembangan teori sememangnya pantas berlaku. Apabila seseorang pensyarah atau ahli akademik menghasilkan teori sastera, ia akan digunakan oleh masyarakat amnya.

Namun, sejauhmana Teknik Surah Yusof ini mampu dijadikan teori sastera? Barangkali Teori Yusofiah perlu diperkenalkan kepada angkatan dunia sastera dan sejauhmana kritikan dan kajian ini bakal dilakukan dengan seadilnya.

Ayuh mengkajinya!

Tambahan :

Saya bercadang menulis satu kertas kerja berkenaan perkara ini.


Ulasan

Abu Huzaifah berkata…
Assalamualaikum...

Akhi Syafiq, ana rasa tertarik dengan tajuk yang anta tulis kali ni. Sebelum ni setakat baca sahaja. Inilah kali pertama bagi komentar.

Subjek Ulum al-Quran untuk pelajar Kuliah al-Quran Tanta bagi tahun tiga sesi 2008/2009 baru-baru ni adalah al-Qosos fi al-Quran. Memang sesuai sangat dengan idea anta.

Insya Allah kalau ada peluang ana akan cuba kongsi bersama tentang tajuk ini khasnya teori sastera al-Quran (bukan Surah Yusuf sahaja).

Wassalam...
Tarbus Merah berkata…
Waalaikumsalam...

Terima kasih Ustaz Nik. Ana sebenarnya teringin mengkaji sastera Islam berdasarkan teori di dalam Al-Quran.

Ana tidak pasti, apakah sastera Melayu yang digunakan pada hari ini (teori sastera Islam) merujuk al-Quran atau tidak.

Barangkali ana perlu dapatkan maklumat lanjut berkenaan hal-hal sastera dalam al-Quran.

Wassalam.
Tarbus Merah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Keasyikan 'berteori' adalah tradisi dan obsesi intelektual Barat. Makanya, dalam dunia intelek dan akademik Barat, ahli teori diletakkan di tingkat tertinggi dan termulia. Ini yang menyebabkan ahli-ahli teori dilayan sebagai 'nabi-nabi ilmu' di Barat, meskipun teori-teori mereka mungkin sesat lagi menyesatkan, sebagaimana halnya dengan teori evolusi ciptaan Darwin dan teori psikoanalsis ciptaan Freud. (Kedua-dua teori itu ditolak sebagai tidak cukup ciri-ciri saintifik-empirisnya oleh sebahagaian komuniti sains, yakni para saintis yang menganuti teori creation.)

Saya tidak tahu apakah dalam Islam, ahli teori diberikan maqam yang lebih tinggi daripada mereka yang ahli praktikal....
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon,

Sebenarnya ahli sastera sendiri tidak bersetuju dengan pelbagai teori yang diperkenalkan.

Barangkali semua itu hanya teori yang boleh didengar dan dihayati.
Melihat Kesunyataan berkata…
Syafiq,
Saya lebih bersetuju jika kita mempunyai teori kita sendiri yang berteraskan Islam. Selama ini kita telah melakukan kesilapan dengan merujuk barat dalam semua aspek kehidupan kita.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)