Langkau ke kandungan utama

PUISI DI MINGGUAN MALAYSIA

Hari Ahad yang lepas, karya saya terbit di Mingguan Malaysia. Alhamdulillah rezeki pulang ke Malaysia. Ini adalah karya terakhir yang saya karang di bumi Mesir.

PERJALANAN HAMBA

Ratusan malaikat beratur
membahagikan jasad dan roh
satu demi satu berulang-alik
membeli sebuah sejadah cinta
yang terjual di langit dunia.

Betapa mendung awan berfirman
'bacalah dengan nama Tuhanmu'
yang Maha Menjadikan
umat bermadah di loh mahfuz
mencari sebuah keakraban batini
dalam diri hingga
meresap ke sanubari.

Sedang usia tertewaskan
dengan dekah meleret tiung kejahilan
anak-anak menjadi kakaktua
di hutan rimba
mercup terdampar berbicara dengan haiwan liar
sesekali melintas
di antara sungai dan denai
juga antara lopak-lopak kefakiran
dalam kalbu kedurjanaan.

Seloka tayangan beraksi
berhari-hari lamanya
mewarnai pentas tradisi
sakaratulmaut dan pengakhiran insan
mentafsirkan sebuah perjalanan hamba
antara syurga dan neraka.

SYAFIQ ZULAKIFLI
Kaherah, Mesir.

(c) Mingguan Malaysia, 13 September 2009

Ulasan

Unknown berkata…
Tahniah kepada Syafiq.
Permata yang bernilai dihargai...selamat maju jaya di alam kerjaya. Kalau ada masa, risik-risiklah kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, saya teringin nak melihat diplomat Malaysia dari kalangan orang agama keluaran Al-Azhar...macam Syafiq.
Tarbus Merah berkata…
Terima kasih atas doa yang berterusan daripada semua rakan-rakan @ abang senior saya di KBMK. Insya-Allah ada rezeki, segalanya boleh diaturkan.

Doa kalian amatlah diharapkan.
Dzuu Haniin berkata…
salam ustaz syafiq.
kalau berkesempatan, cuba uraikan sedikit maksud yang ustaz simpulkan pada puisi tu.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)