SAYA tidak ketahui apakah punca video yang saya tonton ini amat terkesan pada jiwa. Malah, dua kali saya menontonnya, dua kali itulah saya sebak.
Pertama, barangkali saya berfikir bahawa saya tidak akan hadiri program besar ini. Kedua, kemungkinan saya amat sebak melihat 'teman' saya yang akan mengendalikan program ini tanpa saya lagi di sisi.
Program Majlis Pembacaan Kuttub Sittah (dimulakan dengan Sahih Bukhari) adalah program yang akan diadakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada bulan Oktober nanti.
Program yang melibatkan kos yang besar serta bakal dihadiri oleh ulama besar Al-Azhar, pastinya memberikan peluang dan ruang kepada mahasiswa mendekatkan diri terhadap majlis ilmu.
Pastinya program ini bakal mengingatkan kita tentang kepentingan ilmu lebih-lebih lagi dengan kedatangan mahasiswa baru di Perlembahan Nil ini.
Tambahan :
Program ini akan dipengerusikan oleh Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin selaku Setiausaha Agung PMRAM.
Ulasan
suka dengar muzik latar video tu.. bersemangat..