Langkau ke kandungan utama

Maahad Johor : Buka Peluang Mahasiswa Ke Mesir

Gambar ihsan alcina89

SECARA PERIBADI, Maahad Johor adalah salah satu institusi pengajian tinggi (Sekolah Menengah Agama Tinggi) di negeri Johor yang telah melahirkan ratusan malahan ribuan pelajar yang akan meneruskan pengajian mereka sehingga ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sebagai lepasan pelajar tahun 2003, saya amat berbangga kerana dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah menempatkan sayabersama teman-teman di Universiti Al-Azhar, Kaherah ini.

Sesungguhnya guru-guru yang dipilih untuk membangunkan mahasiswa (pelajar) di Maahad Johor bukanlah guru biasa, malah proses pemilihan guru-guru Maahad Johor adalah pemilihan yang sangat berhati-hati dilakukan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.

Terlalu banyak perkara yang wajar dicoretkan terhadap pembangunan yang dilakukan oleh mudir dan guru-guru Maahad Johor sehingga kebanyakkan mahasiswa dan pelajar Maahad Johor cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dari tahun ke tahun pastinya, pelbagai pengiktirafan yang diterima oleh Maahad Johor setelah berjaya melakukan pelbagai sistem pendidikan dan pembelajaran bagi memastikan kualiti pelajar adalah setanding sekolah berasrama penuh yang lain.

Berkat pendidikan yang amat menakjubkan ini, apakah sumbangan yang seharusnya dimainkan oleh seluruh lepasan Maahad Johor?

Selaku penerima Anugerah Khas sempena Majlis Anugerah Cemerlang Maahad Johor pada tahun 2004, apakah tanggungjawab yang selayaknya patut saya dipulangkan kepada institusi ini.

Dikhabarkan ramai guru-guru saya yang sudah meninggalkan Maahad Johor dan berpindah ke Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor; malah ada yang kini sebagai Pegawai Pendidikan Agama Daerah di negeri Johor. Tahniah dan syabas buat semua guru-guru saya.

Tambahan :
Oleh kerana institusi ini paling menarik, sebab itu ketika belajar di sini hampir setiap minggu ibu dan bapa saya berkunjung melawat anaknya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...