Langkau ke kandungan utama

Komposer Nasyid


MENGGALAS tanggungjawab sebagai salah seorang penulis lirik bagi kontinjen Johor sempena Pertandingan Nasyid Ekspo Gempak PMRAM yang diadakan di Kaherah merupakan pengalaman yang paling berharga.

Walaupun tidak membawa pulang hadiah, pasukan ini telah memberikan persembahan yang baik. Rata-rata menyifatkan bahawa pertandingan nasyid yang disertai lebih daripada 10 buah pasukan memberikan persaingan antara satu sama lain.

Ketua Hakim, Saudara Bazli daripada kumpulan Nasyid UNIC melihat bahawa tema kemerdekaan yang diharapkan di dalam pertandingan sepatutnya diberikan kelebihan oleh semua pasukan. Tetapi, sebaliknya beberapa pasukan tidak menggunakan tema tersebut termasuk pasukan Johor.

Apa juga keputusan, saya mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Tahniah kepada vokalis Kuala Lumpur yang saya kira adalah vokalis terbaik.

Juara : Kuala Lumpur
Naib Juara : Tanta
Ketiga : Damanhur

Tambahan :

Selepas ini saya perlu fikirkan menyiapkan lagu-lagu untuk kumpulan Nasyid Al-Wadi PMRAM. Barangkali itu adalah khidmat terakhir saya di Mesir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)