Langkau ke kandungan utama

HUKUM AGAMA : Malaysia Amal Undang-Undang Islam Yang Gagal

APABILA isu agama melanda politik tanah air, masing-masing kelam-kabut. Paling menakjubkan seorang menteri yang bukan berlatar belakangkan agama mengeluarkan kenyataan media yang bukan-bukan malah mempamerkan kebodohannya.

Isu Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang menjadi bualan hangat kepada institusi perundangan, institusi badan-badan berkanun, ulama dan ahli politik masing-masing sedang mengalami polemik kemunduran wacana dalam menangani masalah ummah dan Islam.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa hukuman ke atas pesalah minum arak telah dinaskan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. namun mengapa tiba-tiba polemik ini muncul?

Apakah Undang-Undang Syariah Islam yang dipraktikkan oleh negeri-negeri tidak selaras dengan kehendak syariah Islam? Atau, adakah hukuman berdasarkan syariat Islam masih belum dilaksanakan di Malaysia?

Semuanya kita kembalikan kepada pemerintah. (Baca : jawablah korang kat akhirat nanti)

Apabila seseorang yang mengaku bersalah dengan membuktikan kesalahannya melalui pengakuan atau pembuktian, maka seseorang itu menurut hukum Islam wajib disebat 40 kali sebatan hingga 80 kali sebatan.

Oleh yang demikian, apabila timbul isu Kartika yang hanya dijatuhkan hukuman 6 kali sebatan, tetapi hakim menangguhkan perlaksanaannya, pelbagai pihak mula kelam-kabut. Antara punca-puncanya adalah :-

1. Menteri membuat kenyataan bahawa negara tiada Juru Sebat Syariah.

2. Konon-konon menghormati bulan Ramadan sebagai bulan yang mulia.

Oleh yang demikian, secara peribadi saya menganggap Malaysia masih mengamal Undang-Undang Islam yang gagal.

Ulasan

Ezo berkata…
sebenarnya lepasan AL AZHAR turut bersalah dalam isu ini! sebab,setiap tahun 600 graduan,mana mereka?

Sibuk sangat nak ubah politik,masuk politik,ada juga yang jadi "LEMBU KENYANG" last-last senyap bila dapat kerusi empuk.

Golongan yang asyik nak ubah politik melalui politik kepartian yang satu lagi itu,apakah mereka tahu,apabila jika MENANG sahaja,terus boleh laksana undang2 ISLAM sebenar?

Belum tentu.Sebab ada banyak lagi elemen perundangan yg perlu diubah termasuk egen pelaksanaan.

Diperincikan antaranya :

1) penyelarasan antara jabatan agama negeri2 dengan dipusatkan dibawah JAKIM.

2) Naik taraf anggota PENGUATKUASA Syariah sama seperti penguatkuasa lain dari segi tugas dan lain2.

3) Pindaan beberapa elemen perundangan berkaitan yang bersifat "menyokong" seperti akta keterangan,kanun acara jenayah dan lain-lain.

4) Masyarakat yang faham agama sebenar2nya melalui transformasi pendidikan dll.

Jangan salahkan "kerajaan" semata-mata sebab landasan dah terbina melalui 121(1a) tapi "kekurangan" tenaga dari kita yg menyebabkan terbantut.

Bukan ramai antara kita yg berpandangan undang-undang syariah dalam Malaysia tak betul dan hanya melihat dan kritik seterusnya kritik sebagai penceramah PAS semata.

Setakat kritik,memang senang,tapi semudah untuk melakukan PROSES pelaksanaannya.

PERANAN kita yg kurang sebenarnya dan BUDAYA SALAHKAN ORANG yang menebal menyebabkan undang2 ini tak berjaya dilaksanakan.

Minta TERJAJAH selepas 400 tahun masih terasa terutamya masyarakat kebanyakkan masyarakat JOHOR yang memandangkan "AGAMA dan POLITIK" dua perkara yang berasingan.

TARBIAH masyarakat dahulu lebih penting.Kita sendiri rendah2kan program JQAF,Johor sendiri tak nak terima penyerapan SAR kepada SABK......

Fikir-fikirkan....

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)