Langkau ke kandungan utama

Anak-Anak Hari Ini (2)

Kenapa kereta Ammu tak masuk garaj?
Habislah kereta Ammu tak bernilai la lepas ni...

SAYA tangguhkan catatan yang lain. Catatan ini amat penting.

Kereta saya sudah sampai di rumah. Barangkali itulah mauduk perbincangan saya pada hari ini. Atuk Amni menulis dalam facebooknya;

-JLT 4419 sape punya. Atuk dulu masa mula kerja 29 tahun lalu tahun 1980 cuma mampu beli " motosikal HONDA", itu pun selepas dapat tunggakkan gaji tiga bulan dan digunakan utk bayar duit muka RM 600.

-Motor atuk dulu tu BBG 4008. Kereta Ammu JLT 4419 . Nak JLS dah terlepas, kata mama kalau JLS = Jangan Lupa Syafiq. Apa ada pada "nombor/plat".

Anak-anak hari ini mampu diberi apa sahaja. Mahu 'A' diberi 'A'. Mahu 'B' diberi 'B'. Selepas keputusan peperiksaan muncul secara rasmi, keluarga merancang itu dan ini. Saya juga merancang itu dan ini.

Mak saya kata mahu mendapatkan nombor 8885 sempena ulangtahun kelahiran saya. Pada 8 Ogos 1985. Tetapi sudah tiada. Sebenarnya, apa sahaja nombor plat kereta saya terima sahaja.

Belum pun saya tiba di Malaysia, kereta sudah sampai. Kereta ini 'automatik'. Atas permintaan saya, kereta auto dibelikan. Terpaksa. Saya sudah lupa membawa kereta manual. Almaklum, selepas mendapat lesen, saya tidak lagi memegang kereta manual.

Berbalik pada cerita asal.

Anak-anak hari ini, (termasuk saya) merupakan generasi yang beruntung. Beruntung dilayan macam-macam. Malah diberi macam-macam. Saya yakin semua itu adalah satu anugerah terbesar yang tidak mampu dinilai.

Ada apa pada saya, seorang anak yang kadang-kadang terharu melihat permintaan itu dilaksanakan. Laksana anak yang baru dilahir disusukan ketika bayi sedang merengek.

Al-Azmie pembakar semangat

Semalam saya keluar dengan salah seorang mahasiswa Johor. Al-Azmie namanya. Beliau menceritakan saya bahawa beliau amat kagum dengan ayahnya yang membesarkan anak-anak seramai 8 orang. Beliau memberitahu saya bahawa ayah beliau sanggup bergadai tenaga dan keringat menjejakkan kaki ke Malaysia semata-mata mendapatkan pekerjaan.

Beliau menceritakan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh ayahnya bagi menyara isteri dan keluarga. Hari ini, ayahnya bukan lagi seperti lebih 20 tahun yang lalu.

Cerita Al-Azmie yang saya dengar, saya simpan sebagai pembakar semangat. Bagi saya, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Saya paling terkesan mendengar cerita daripadanya bahawa kesusahan adalah meja utama dalam hidup. Tiba-tiba saya menjadi amat sedih. Terlalu terfikir dengan kehidupan sebagai seorang insan yang dihadiahkan bermacam-macam pada hari ini.

Kuala Lumpur Sebagai Destinasi

Banyak catatan penting yang saya akan ceritakan selepas ini. Apapun buat pembuka bicara, barangkali saya akan bermastautin di Kuala Lumpur untuk meneruskan dunia dan alam saya selepas tiba di Malaysia nanti. Maaf, untuk orang Johor Bahru.

Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Jangan bawak awek.. bawak bini boleh..

huhu (berpesan sebelum terjadi)
Puan Ainon Mohd. berkata…
Kereta buat berjuang memandaikan bangsa....
Tarbus Merah berkata…
Ibnu Ali

Saya belum ada kedua-duanya. Single. Oleh itu mana-mana yang masih kosong sila isi borang. :)

Puan Ainon

Demi memajukan anak-anak bangsa, saya teruskan bekerja.

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...