Langkau ke kandungan utama

Teman,,,Percayalah Faizal Akan Masuk PAS

Teman,

SUSAH SENANG atau bencinya seseorang pada kita bukanlah bermakna kebencian itu lahir daripada jiwa dan naluri seseorang.

Percayalah bahawa artikel saya sebelum ini hanya melaporkan apa yang berlaku sepanjang program berlangsung. Saya bukan pro mana-mana parti walaupun sudah dilabel sebagai pro pembangkang.

Yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang mampu menyatukan hati-hati kita. Ya. Islam. Kerana itu, jika UMNO daripada dulu memperjuangkan Islam kita akan tetap bersama UMNO. Tetapi tidak! UMNO telah bermati-matian mengkuburkan mahasiswa Islam yang mahu mempelajari Islam. Lihat apa yang berlaku terhadap institusi pengajian Islam dan lain-lain.

UMNO juga yang telah bersusah payah bertarung tenaga kerana mahukan Islam itu mati bermula semenjak anak-anak dilahirkan. UMNO yang bertungkus-lumus mengatur langkah mengharamkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pada suatu ketika dahulu.

Akhirnya, UMNO lahir dengan Islam Hadhari yang hanya mengehadkan hari. Lihat, apa yang telah UMNO jalankan.

Jika benar UMNO memperjuangkan Islam, sila nyatakan. Apa yang UMNO telah buat selama bertapak lahir di bumi Johor Darul UMNO semenjak 11 Mei 1946.

Saya bukan anti-UMNO. Malah, seingat saya jikalau ada insan yang bertanya kepada saya; siapakah tokoh yang saya sayangi, saya menjawab Raja PPSMI, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahu kata saya sayang pada PAS? Ada bukti? Adakah hanya melihat saya mengarang dan menolak UMNO terus sahaja mahu dilabel sebagai pembangkang dan menyertai PAS.

Silap! Tekaan yang silap.

Apapun, daripada satu sisi yang berbeza ingin saya tegaskan bahawa, setengah jam sebelum majlis berlangsung sebenarnya saya telah keluar 'makan berdamai' bersama Saudara Mohd Faizal Sabhon. Saya telah menasihati beliau agar tidak bangkit dan bercakap tidak sopan di hadapan Yang Berhormat.

Saya telah mengesyorkan beliau tidur di dalam bilik kerana beliau baru pulang daripada Iskandariah bertemu dengan adik-adik Perubatan MARA di sana.

Apa yang dikatakan pada saya, "Oh! Selalunya program kerajaan, mahasiswa kita berani kutuk wakil-wakil kerajaan. Sekarang ni aku mahu membalas pula."

Fikir saya bahawa sikap mahu membalas dendam ini sudah menjadi trend. Jika ini sikap kita, apalah yang mahu diperkatakan lagi.

Sayugia dinyatakan bahawa, apa tanggapan buruk kita terhadap Saudara Faizal, ingatlah bahawa beliau akan menyertai PAS seperti harapan dan doa YB Dato Dr Hasan Ali kepada beliau pada malam tadi.

"Faizal, malam ni tidur dengan nyenyak. Faizal fikir masak-masak, anak-anak Faizal nanti mahu di lorongkan ke mana. Mahu di lorongkan ke agama, atau ke tempat lain."

Apapun, beliau pernah menaruh satu janji kepada saya bahawa beliau akan menganggotai PAS bersyarat. Tetapi, biarkan saya simpan perkara tersebut. Moga-moga cita beliau menganggotai PAS satu masa nanti akan tercapai. Insya-Allah.


Ulasan

Ezo berkata…
JANGAN BUAT PROVOK!!!Sapa nak masuk PAS! kau nih memang nak laga-lagakan aku dengan UMNO,awas! kata mesti berfakta!
Puan Ainon Mohd. berkata…
Orang tidak penting, sebab orang datang dan pergi. Yang penting memandaikan bangsa (serba-serbi tentang Islam)....
Tarbus Merah berkata…
Ezo,

Jangan takut akan segalanya. Bukti? Saya akan bongkarkan selepas ini. Bukti bertulis...
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon,

Saya setuju. Dengan bahasa kita dapat memandaikan bangsa kita.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Bolehkah saya tahu, sasterawan (aliran Islami) di Mesir yang novelnya sangat laku sekarang?

Saya mencari peluang menerbitkan novel-novel cinta Islami Arab dalam bahasa Melayu.
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon,

Sasterawan Mesir terkenal adalah Naguib Mahfuz tetapi barangkali beliau tidak menghasilkan novel cinta.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)