Langkau ke kandungan utama

Catatan Yang Terlewat

SALAM ULANG TAHUN KELAHIRAN.

Oleh kerana saya terlalu ripuh dengan pelbagai program pada Julai ini, tidak berkesempatan untuk mengucapkan salam ulang tahun kelahiran untuk beberapa orang sahabat yang menyambutnya pada tahun ini.

Amaluddin Hj Arshad dilahirkan pada 12 Julai 1985.

Amal sekarang sudah berada di tahun akhir, Maahad Qiraat Shoubra, Azhar, Kaherah. Menyoroti kisah-kisah silam bersama amal, yang paling saya ingat adalah pergi temuduga Darul Quran di Maahad Muar pada April 2003. Amal bertolak dari rumah abangnya di Muar dan saya bertolak dari Johor Bahru.

Pastinya cita-cita satu. Mahu menyertai dan menganggotai Darul Quran (DQ) JAKIM pada waktu itu. Akhirnya, Amal sahaja yang terpilih untuk menyertai DQ dan saya terpaksa akur menerima keputusan menghabiskan pengajian di Maahad Johor, Johor Bahru dan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hari ini, setelah enam tahun pernah mengenali Amal, saya dan beliau masing-masing berada di dalam tahun akhir di Al-Azhar, Mesir.

Ustaz Hairul Nizam Mat Husain dilahirkan pada 22 Julai 1981

Beliau adalah boss saya satu ketika dahulu. Mentadbir PMRAM dengan cukup sempurna selama sesi pentadbiran 2006 dan 2007. Kini beliau mahasiswa tahun dua Ijazah Sarjana (M.A.) Universiti Al-Azhar. Sungguh cekal Ustaz Hairul meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana sehingga kini.

Walaupun halangan demi halangan yang dihadapi di samping sekatan yuran pengajian (ditarik Zakat kerana sertai PMRAM) untuk meneruskan pengajiannya tetapi kekuatan dan semangat Ustaz Hairul tetap saya sanjungi.

Saya ingat lagi, beliau pernah menceritakan bahawa ada seorang hamba Allah di Selangor, telah memberikan beliau cek bernilai RM 10,000 semata-mata kepada beliau.

Sekali difikirkan, layakkah kita mendapat wang sebanyak itu daripada seorang hamba Allah (orang awam)? Siapalah orang awam yang mahu mempercayai kita? Tetapi pada saya, ini adalah keberkatan apabila kita mengaji dan belajar hanya semata-mata kerana Allah bukan kerana mahu menunjukkan kehebatan kita terhadap ilmu yang kita ada.

Tentunya ramai berangan-angan mahu 'tinggal' dan duduk serumah dengan beliau. Pesanan saya, kalian sudah terlambat kerana beliau sudah mendirikan rumah tangga, oleh yang demikian beliau hanya akan tinggal dengan isteri beliau sahaja. :)

Apapun, saya mendoakan Ustaz Hairul akan sentiasa semangat dan berjaya mencapai kejayaan di dalam peperiksaan sehingga mengenggam PhD seperti yang dicita-citakan.

Moga-moga mampu membantu kerajaan Islam di Malaysia satu masa kelak.


Amni Insyirah bt Aqib (26 Julai 2007)

Tahun ini, Amni Insyirah akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2. Cemburunya saya apabila diberitakan hari Ahad ini sempena ulang tahun kelahirannya, majlis Hi-Tea akan diadakan di Hotel Mutiara, Johor Bahru.

Tambahan : Ammu akan sambut hari jadi Amni untuk ulang tahun ke-3.


Ulasan

Ibn Haji Salam berkata…
akunya 28 Julai..tak yah letak muka aku kat blog ko nih.Bg hadiah jer.

hehe...

lalala...

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)