Langkau ke kandungan utama

Adil Dalam Diri

Mahasiswa Johor

MEMANG BENAR bahawa isu keadilan dalam diri ini mula tempias semenjak mentadbir PMRAM tiga tahun yang lalu.

Barangkali istilah keadilan untuk diri sendiri sudah kontang. Ya. Saya tidak mampu memberikan keadilan kepada kedua-dua belah pihak.

Saya akui, itulah kelemahan saya. Walaupun saya mempunyai satu jawatan dalam pentadbiran persatuan negeri Johor di Mesir (Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir) tetapi secara peribadi saya lebih gemar bekerja bersama warga pentadbiran pusat (PMRAM).

Mengapa? Mungkin beberapa sebab.

Pertama, saya menetap lama di dalam pentadbiran PMRAM berbanding pentadbiran negeri. Walaupun pentadbiran saya bermula di peringkat negeri, tetapi jiwa saya mentadbir PMRAM adalah lebih lama.

Kedua, secara peribadi saya berfikir bahawa negeri mempunyai sebilangan ahli yang cukup ramai untuk bekerja dan membantu organisasi sedang siapalah PMRAM yang hanya mempunyai 'sifar' ahli. Ya. PMRAM hanya meminjam ahli daripada BKAN dan DPM sahaja untuk mentadbir.

Ketiga, PMRAM bukan persatuan bergaji yang diberi elaun setiap bulan membuat kerja-kerja amal. Oleh sebab yang demikian, dengan kapasiti pentadbiran seramai 15 orang ikhwah dan 15 orang akhawat, PMRAM masih memerlukan tenaga yang maksimum untuk bekerja. Sebab itu, mahu tidak mahu saya perlu hulurkan sumbangan saya seadanya pada hari ini.

Keempat, kepentingan PMRAM adalah untuk masyarakat amnya. Fikir saya bahawa PMRAM perlu menjaga kebajikan secara umumnya sedang negeri hanya memberi pencerahan kepada satu kelompok kecil sahaja.

Dalam apa sekalipun alasan yang diberikan, bukanlah bermakna saya meninggalkan pentadbiran saya di negeri dan tiada niat untuk membeza-bezakan pentadbiran. Tetapi sekadar ingin memberitahu bahawa PMRAM adalah pentadbiran kerajaan yang perlu dibantu oleh semua anak-anak syarikat di dalam kerajaan dan anak-anak syarikat swasta yang pastinya mentadbir untuk perpaduan umat Islam amnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...