Langkau ke kandungan utama

Macam-Macam Hal

RAMAI wartawan tidak diundang bertanya kepada saya, "Saudara selepas tamat belajar nanti mahu memilih kerjaya bagaimana?"

Seorang pegawai kerajaan berkata :

"Ana rasa enta sesuai mohon 'pegawai tadbir' atau seangkatan dengannya, Gred 41. Ataupun pelbagai kerja yang ada sekarang dalam sektor awam ni. Enta kena jadi orang agama yang masuk dalam kerjaya sebegini. Bukan mudah orang agama masuk dalam industri pentadbiran ini. Gaji pun 'masyuk' dan elaun macam-macam. Senang."

Seorang guru berkata :

"Bila lagi nak didik anak bangsa, pengalaman enta dah banyak dah. Pernah jadi guru. Tapi kalau enta nak jadi pensyarah kena sambung buat Master lah. Untung-untung dapat merantau ke negara orang lagi untuk sambung pelajaran."

Seorang pegawai syarikat swasta :

"Kerja swasta ni tak payah terikat dengan kerajaan. Gaji pun boleh tahan lah. Kalau setakat RM 1,800 tu, insya-Allah. Tiada masalah. Tapi elaun tu..."

Seorang ahli UMNO :

"Kita kena bantu UMNO Malaysia. Dah, tak ada orang agama nak sertai. Sekarang ni memang perlu belia macam awak sertai. Orang Azhar lagi diperlukan untuk jawab isu-isu agama. Awak kerja kerajaan pun tak ada masalah, boleh join kami."

Seorang ahli PAS :

"Enta kerja kat sekolah ana. Gaji memanglah tak besar mana. Tapi, kalau enta duduk bandar Johor Bahru, apa nak risau. Kalau orang panggil nak sampaikan tazkirah, paling kurang RM50 sekali cakap, kalau ada 20 jemputan berlipat kali ganda lah. Terpulang la enta."

Jawapan saya kepada semua wartawan percuma di atas :

"Hidup ini bukan untuk mencari kemuliaan, tetapi untuk dihargai dan diredai oleh Allah."


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Di PTS ada jawatan kosong!
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon,

Terima kasih memaklumkan jawatan kosong itu. Moga kita akan duduk sebumbung insya-Allah.
Thaaqhib Mohammed berkata…
saya suka jawapan ust syafiq dlm blog. terkesan.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...